Salam.
2-3 hari lepas, bos aku ada suruh aku carik gambar kat internet yang akan digunakan untuk wallpaper baru kat office aku ni ha. Rancangan untuk bagi wajah baru kat IT Services ni dah dirancang since tahun lepas lagi, dan dah diappovekan pun by management. Cuma belum finalised sebab tak de design yang kena dengan tema.
Tema apa? Ofkoslah tema IT dan hospital. But more specific, bos aku cakap dia nak tema high tech, futuristic, AI, IT related, and medical. Ha gituh! Aku pun tak de idea gambar jenis apa yang boleh jadi design untuk wallpaper tu. Nak pakai gambar yang vendor suggest, idokla rasanya. Dah la buruk, tak kena tema pulak tu.
So, aku senang je sekarang ni. Kalo aku tak tau apa yang nak kena cari, aku tanya kat ChatGPT. Ha kau, berjela dia bagi suggestion gambar apa yang boleh aku guna untuk buat wallpaper tu.
So, aku cari gambar tu kat Bing/Google. Then edit kat Photoshop, then tunjuk kat bos aku. Aku edit sebab nak warna untuk wallpaper tu seragam. Tak de la sini terang, sana biru, sini merah, sana over the top. So, sama je semua. Bos aku pulak specific nak kaler biru as base. So, inilah antara gegambonya selepas aku edit.
Ni sebenarnya still dalam gambar proposal. Tak finalised lagi pun. Mebi akan ada pertukaran lagi kot. Tapi tak tau la. Bergantung kepada bos aku. Dia pun nak kena tunjuk kat management kot sama ada okay atau tak? Ye la, nak gi print and then apply kat dinding office kan? Bukan boleh pakai boh je.
Anyway, ni baru stage awal. Kalo semua dah approve nanti, akan bagi ke vendor kot. Bila dah apply semua kat office, nanti aku akan tunjuk hasil akhir. Sama ada guna gegambar yang kat atas ni, atau ada pertukaran lain? Kita sama-sama la tunggu ya?
Later guys.