Assalamualaikum korang.
Kembali lagi kita dalam Blog yang tak berapa semenggah ni, sambil membebel tentang perkara merepek ya. Hahahaha. Korang sihat ke tu? Sihat? Alhamdulillah semoga hari korang berjalan dengan lancar. Dan kalo korang tak sihat tu, bawak-bawaklah jumpa doktor. Jangan dibiarkan je sakit tu melarat. Dan semoga semuanya berjalan baik-baik saja. Amin.
Okay, hari ni aku nak membahaskan (tiba mem"bahas", macam Bahasa Indonesia pulak) tentang perkara yang sedang hangat diperkatakan di internet sekarang ni. Tentang Twitter. Satu tempat yang ramai di kalangan kita habiskan masa bersosial maya. Laman microblogging ni semenjak dua menjak ni macam di bawah serangan di kalangan netizen sebab servis mereka yang semakin lama dah macam tahi.
Memacam polisi pulak derang implement since Elon Musk ni beli Twitter. Dari platform yang orang suka, terus jadi tempat yang penuh dengan maki hamun dan dibenci. Yang terbaru ni Twitter memperkenalkan "Rate Limit". Pengguna diberi had untuk membaca tweet sebanyak 600 sahaja untuk yang tidak verified, 300 untuk akaun baru, dan 6000 untuk akaun yang dah verified. Semua rasa sakit hati bila kena limit dan tak boleh melihat time line untuk hal-hal terbaru.
Aku pun sama sakit hati. Bukan kita baca semua 600 (aku punya akaun tak verified) tweet tu. Korang pun tau yang berapa banyak orang tweet dalam 1 saat. So, bayangkan berapa banyak je time line tu diupdate dengan tweet. Tak sempat kita nak baca tweet, dah kena limit. Tak ke haru.
Walau pun Twitter kata ni temporary je, tapi ngauman pengguna Twitter merentas seantero internet. Maki hamun tu jangan cakap la. Berbakul Elon Musk kena. Termasuk la ngan aku aku sekali. Hahaha.
So, since kejadian rate limit ni, ramai jugak la yang bukak akaun baru kat Mastadon. Termasuklah aku jugak. Mastadon ni kiranya macam rival Twitter la jugak. Interface pun lebih kurang jugak. Same with the app. So far, aku rasa macam tak kekok guna Mastadon ni, cuma nak cari orang-orang Twitter kat Mastadon ni macam susah sikit. Dan Mastadon ni pun agak "sunyi" sikit sebab platform baru kan? Nak kata baru tu tak la jugak. Dah lama la jugak. Cuma sebab populariti Twitter tu lebih menyebabkan platform ni jadik platform sandaran je.
And now, ada contender baru tak lama lagi. Instagram's Threads. Feature lebih kurang sama dengan Twitter dan Mastodon. Microblogging. Mungkin Instagram (by Meta) ni cuba menangguk di air keruh disebabkan masalah yang sedang membelenggu Twitter sekarang ni.
Dijadualkan untuk dilancarkan pada 6hb Julai ni, iaitu esok ketika post ni aku tulis. So, kita tengok la cemana Threads ni perform. Tak boleh nak try lagi since appsnya belum lagi available sampai tarikh 6hb Julai tu. So, apa-apa nanti kita reviu okay?
So, korang rasa platform mana yang akan korang pakai nak gantikan Twitter nanti? Mastodon? Threads? Atau akan terus gunakan Twitter? Aku tak sure lagi. Kita tengok cemana nanti.
Okay la guys. Later. ^^