Type Here to Get Search Results !

Menu Rahmah.

Menu Rahmah ialah satu inisiatif yang ditubuhkan oleh kerajaan Anwar Ibrahim pada awal tahun 2023 sebagai respon terhadap masalah kos hidangan makanan yang tinggi berikutan krisis ekonomi semasa. Hidangan ini, berupakan set hidangan seimbang, dilancarkan dan disediakan di restoran-restoran seluruh negara. Menu Rahmah secara amnya memperoleh reaksi memberangsangkan daripada golongan rakyat dengan peranannya untuk mengurangkan kos sara hidup.

So far...
aku belum lagi try...
menu rahmah ni.
Rasa macam belum ada keperluan kot.
Alhamdulillah,
aku still lagi boleh beli menu biasa.
Untuk isi perut boroi aku ni.

Aku rasa menu rahmah ni...
okay je kot.
Mana nak dapat makanan...
berharga RM5 sekarang ni?
15 tahun lepas...
mungkin la boleh kot.
Nasik goreng baru RM3.50.
Air seringgit je.

Sekarang ni je...
harga semua menda...
melampau-lampau tingginya.
Dulu kalau gi beli barang...
dekat pasaraya tu...
RM50 boleh dapat banyak menda.
Sekarang ni?
Hmmm...
Kalau tak tau tu,
pergi la beli barang kat 7E.
Tengok apa je korang dapat.

Menu rahmah ni,
rasanya dapat banyak membantu...
orang-orang kurang berada...
untuk dapatkan makanan seimbang...
dengan harga yang murah.
Alhamdulillah.
Masih ada lagi yang prihatin...
dengan masalah rakyat ni.

Korang cemana?
Dah try memana menu rahmah?
Okay tak?
Kalau nak try...
korang boleh pergi ke alamat ni...
dan semak mana kedai makan,
atau restoran yang ambil bahagian.

Menu Rahmah Malaysia Madani (kpdn.gov.my)

Later guys. 

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.