Type Here to Get Search Results !

Along masuk hospital.

Dapat mesej dari Kakak Ipar tadi,
katanya Along tak sedarkan diri...
pukul 2 pagi tadi.
Dan sekarang ada kat hospital.

Sebabnya kaki dia infection...
dan dah bernanah.
So hari ni dia akan menjalani...
pembedahan untuk buang infection tu.

Terkejut gak dengar tadi.
Aku doakan Along selamat menjalani pembedahan,
dan sihat seperti sedia kala.
InsyaAllah.

InsyaAllah...
kalau tak ada pape,
nanti aku nak gi melawat Along...
kat hospital.
Maybe lepas operation kot.
Sebab aku pun tengah on-call minggu ni.
So, tak dapat nak gerak memana.
Nasib baik hospital tak jauh...
dari tempat kerja.

Moga dipermudahkan urusan...
Along dan Kak Long.
Amin.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Bacaan Rumi : Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Maksud : Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.