Sebagai salah seorang peminat Star Trek,
dan mengikuti perjalanan cerita Star Trek: Discovery...
tentunya akan ada beberapa soalan,
yang bermain dalam kepala...
tentang beberapa isu,
kalau cross reference dengan...
series Star Trek yang lain.
Walaupun ST:D bermula...
sebagai prekuel kepada ST:TOS,
sekarang ia telah disetkan...
ke masa depan yang jauh di abad ke 32.
Sebagai flashback,
USS Discovery sampai ke abad 32,
untuk menamatkan ancaman Control (Season 2).
Dan apabila dah sampai ke abad 32,
Michael dan krewnya berhadapan...
dengan misteri Burn pulak (Season 3).
Bila misteri Burn telah terungkai...
mereka perlu pula menyelesaikan...
masalah dengan spesis 10-C,
yang membawa malapetaka ke seluruh galaksi...
apabila mereka menggunakan teknologi...
mereka untuk mengumpul tenaga,
dengan memusnahkan planet-planet...
untuk generate shield yang melindungi...
planet mereka.
Ini semua berlaku dalam Season 4 yang lepas.
Dengan Season 5 yang akan datang,
(tak lama lagi dah),
mungkin ada beberapa persoalan...
penting yang mampu dijawab oleh...
Star Trek : Discovery ni.
Antara beberapa persoalan...
yang masih belum terjawab tu,
adalah seperti berikut:
1. Adakah Michael tahu tentang Sybok?
Sebagai anak angkat kepada...
Sarek dan Amanda,
adakah Michael tahu tentang...
kewujudan Sybok?
Sybok adalah half-brother kepada Spock?
Hasil perkahwinan Sarek...
denganputeri Vulkan yang tak bernama.
Apa yang kurang jelas adalah...
adakah waktu Sybok tinggal dengan Sarek,
berlaku semasa Michael diambil...
sebagai anak angkat?
2. Adakah Starfleet akan meninggalkan penggunaan Warp?
Apa yang unik tentang USS Discovery...
adalah ia tidak hanya bergantung...
kepada Pemacu Warp untuk bergerak,
tetapi juga menggunakan Pemacu Spora.
Pemacu Spora ini adalah hasil rekaan...
Paul Stamets bersama rakannya Straal.
Pemacu ini membolehkan Discovery...
untuk melompat ke tempat tujuan,
daripada Pemacu Warp dengan kelajuan cahaya berkala.
Setelah sampai ke abad ke 32,
dan mendapati Pemacu Warp tidak lagi dapat digunakan...
kerana kejadian Burn di seluruh galaksi.
Ini membolehkan Discovery bebas bergerak...
ke seluruh galaksi tanpa bergantung kepada Pemacu Warp.
Ada dinyatakan bahawa Starfleet...
akan membangunkan Pemacu Spora ini,
setelah pemacu ini disempurnakan oleh...
Dr Ruon Tarka.
Walaupun prototaipnya telah binasa,
akan tetapi dokumentasi kajian dan pembangunannya...
membolehkan Pemacu Spora ini dipasang...
ke seluruh Federasi.
3. Adakah ST:D akan merungkai tentang Perang Temporal?
Setelah Kapten Archer dan krew NX-01 Enterprise...
menolong DAniel dari abad ke 31,
menghentikan Vosk dari menukar sejarah...
Perang Dunia ke 2,
ini telah menamatkan Perang Temporal,
dan seterusnya semua teknologi pengembaraan masa...
telah diharamkan oleh Federasi.
Akan tetapi,
jika teknologi ini wujud,
jadi ia mungkin boleh direka semula.
USS Discovery yang telah mengembara ke masa depan,
bagaimana pun telah melanggar pengharaman ini.
Penemuan dari Dr. Kovich bahawa...
Perang Temporal yang telah menyebabkan...
garis masa Kelvin terjadi,
turut menyeret USS Discovery di abad ke 32.
Tentu ada banyak potensi cerita yang menarik...
untuk dijelajah dari plot menarik...
dari musim akhir ST: Enterprise.
4. Adakah ST:D akan menampilkan Kligon sekali lagi?
ST: Discovery telah menukar rekabentuk Klingon...
secara drastik dan menyebabkan isi canon...
yang perlu ditangani dalam siri Star Trek.
Bermula dengan penampilan Klingon...
dengan dahi licin seperti manusia,
ke penampilan baru Klingon...
tanpa rambut dalam Discovery...
sehinggalah penampilan Klingon...
dalam ST: The Next Generation.
Pertanyaan tentang kehadiran Klingon...
di abad ke 32 masih lagi misteri.
Bagaimanakah rupa Klingon di era tersebut.
5. Adakah Starfleet akan kembali ke Bumi?
Starfleet pada mulanya berpengkalan di Bumi.
Namun setelah kejadian Burn yang berlaku...
di seluruh galaksi.
Ini menyebabkan Federasi dan Starfleet...
telah meninggalkan Bumi...
dan menjadi planet asing.
Setelah misteri Burn diselesaikan,
ahli-ahli dahulu yang keluar dari Federasi...
kembali menganggotai Federasi semula.
Tetapi tidak dinyatakan sekiranya...
Ibupejabat Fedesari dan Akademi Starfleet...
akan kembali ke Bumi seperti sebelum ini.
6. Adakah Michael pernah mengkaji apa yang berlaku pada Spock dan Sarek?
Setelah sampai ke abad 32,
krew USS Discovery perlu menyesuaikan diri,
dan mendapati ia terlalu pahit...
untuk mengetahui apa yang berlaku kepada...
keluarga dan kesayangan mereka.
Dalam "Unification III"...
Michael mengakui bahawa dia sukar...
untuk menerima apa yang berlaku kepada adiknya, Spock.
Dia dan Book telah melihat...
rakaman percakapan Spock...
untuk menyatukan Vulcan dan Romulan,
tetapi tidak dinyatakan sekiranya...
michael merungkai lebih lanjut...
tentang apa yang berlaku kepada...
Spock dan ayahnya Sarek.
Adakah mereka telah berbaik atau tidak.
7. Adakah ST:D akan menampilkan Enterprise abad ke 32?
Dan akhir sekali;
Dengan adanya hubungan keluarga Michael...
dengan Spock,
Michael telah menghubungkan Star Trek...
dengan kapal angkasa ternama Enterprise.
Jadi Discovery akhirnya mungkin...
dapat menunjukkan kepada kita...
tentang USS Enterprise di abad ke 32.
Kewujudan USS Discovery abad ke 32...
telah disahkan semasa Discovery musin ke 4,
yang mengatakan kapal angkasa itu...
sedang bekerjasama dengan USS Voyager-J.
Mungkin dalam musim ke 5 ini,
USS Enterprise akan membuat kemunculannya.