Type Here to Get Search Results !

Reviu : Final Fantasy XIV Online.

Brace yourself.
This gonna be a long post!

Lebih kurang awal tahun 2022,
aku try main game Final Fantasy XIV ni.
Atas desakan beberapa player yang suruh aku cuba.
The greatest FF there is katanya.
But as for me at that time,
aku tak berapa minat nak main.
Sebabnya game ni ialah MMORPG.
Aku tak berapa nak main game jenis ni.
Even atas nama Final Fantasy.
Franchise game paling aku suka.

Banyak-banyak genre game,
MMORPG adalah genre yang paling last aku akan sentuh.
Sebabnya aku tak berapa suka nak interact...
dengan player lain secara online.
Apa tah lagi nak compete ngan derang.
Sebab player inferior complex tu tebal nau.
Selalu rasa diri tak hebat macam orang lain bila main game.
So, bila nak interact ngan player lain...
I said, "No thanks".

Tapi, lama-lama aku rasa macam nak try pulak main.
Sebabnya, base dari tweet, komen, reviu, etc...
semua cakap game ni best.
Elemen online play tu dah blur dalam game ni.
Apa yang derang cakap, FFXIV ni RPG first,
MMO second.
You can play even if you are soloing.
Maksudnya, walaupun ni MMORPG,
korang tetap boleh main walaupun tak de online friends.
You can treat it as normal FF RPG.

So, aku pun try main.
Giving it a second chance, walaupun aku rijek at first.
Bermula dengan trial play...
yang mana Square Enix bagi korang main secara percuma,
unlimited time, boleh up level sampai 60.
Then if nak naikkan level lebih dari 60, korang kena sub.
Which means, korang kena beli game termasuk expansion,
then tiap-tiap bulan kena bayar servis.
Bagi aku agak fair la, sebab boleh up level sampai 60 free kot.

So sub ni, adalah dia bagi kelebihan sikit dari yang free.
Apa kelebihan tu, aku pun dah lupa.
But at least, you got more for what you paid for kan?
Aku tak complain pun.
Bagi aku okay je.

Aku mula main yang trial punya lebih kurang 2 minggu.
Then aku terus beli game termasuk expansion dia,
dan sub servis bulanan dia.
Bila dah seronok main, then ko akan rasa terbeban,
bila banyak benda yang dia limit guna trial ni.
So lepas sub semua, experience main game FFXIV ni lagi best.
Tak tahu nak cakap cemana, but my perspective...
changed 360° lepas main game ni through the base game.
I can tell, FFXIV Online ni antara numbered FF game terbaik.

Jadi, hari ni, aku nak try reviu game ni...
Selepas aku habis level up sampai 90.
Lessgo!

JALAN CERITA

Semenjak game ni dirilis pada tahun 2010,
kemudian di rerilis pada 2013 selepas versi 1.0 fail.
Semenjak dari tu, FFXIV dah ada 4 expansion.
Expansion pertama adalah kesinambungan cerita...
daripada base game.
Dan begitulah untuk expension seterusnya.
Bersambung-sambung selepas habis expansion...
menjadikan jalan cerita dalam FFXIV ni jadi besar.

Jalan cerita FFXIV ni berkisar di Hydaelyn,
yang berada dia 3 benua utama.
Jalan cerita dalam based game memfokus di Eorzea.
Dan di Eorzea ni pula, terdapat Gridania, Ul'dah, Limsa Lominsa dan Ishgard.

Dan sehingga ke expansion terbaru,
kawasan permainan menjadi lebih besar...
apabila ia melibatkan pertambahan kawasan seperti...
Sharlayan, Ala Mhigo, Garlean Empire, dan sebagainya.

Jalan cerita bermula apabila pemain mula menjadi,
adventurer di kawasan pemula sehinggalah pemain...
menyertai kumpulan Scions of the Seventh Dawn.
SOTSD ni menjadi kumpulan berpengaruh di seluruh Eorzea,
dan kemudiannya di seluruh Hydaelyn untuk menyelamatkan dunia.

As for me, aku rasa jalan cerita dia okay je.
Ada part-part dalam jalan cerita dia yang agak wow bagi aku.
Tapi ada jugak part yang macam meh.
Ye la, tak de cerita yang perfect kan?
But as it is, jalan cerita semakin baik...
selepas habis plot cerita dalam base game.

Dari expansion Heavensward, kemudian Stormblood,
diikuti dengan Shadowbringers, dan yang terbaru Endwlker...
perkembangan jalan cerita semakin baik.
Aku tak sabar nak tunggu expension seterusnya.
Sebab lepas je habis Endwalker,
ada cliffhanger di hujung cerita (patches).
Mungkin expansion terbaru akan keluar hujung tahun 2023...
atau pun awal tahun 2024.
Apa pun, tak sabar!

GRAFIK

Pada aku, grafik untuk FFXIV ni fair je.
Nak kata cantik, okay je.
Nak cakap okay je, ada part yang cantik.
Rasanya bergantung pada platform kot.
Grafik berbeza dari PS3 (retired), PS4, PS4 Pro, PS5 dan PC.
Dalam kes aku, aku main game ni di PS4, PS5 dan PC.

Untuk grafik PS4, bagi aku okay je.
Nak kata cantik, bebiasa je kot.
But kalau gambar jauh, grafik nampak cantik.
Selain dari close up, gambar typical 3d masih nampak.
Kalau nak nampak detail texture tu, jangan harap la.

Untuk grafik PS5 pulak, rasanya cantik sikit kot.
Since PS5 ni advance sikit dari PS4...
grafik dia upgrade sikit.
Nampaklah sikit detail texture kat model.
Even gambar jauh nampak cantik.
Selain daripada tu, aku rasa sama je dengan PS4.

Untuk PC pulak, aku tak nampak beza ketara dari PS4/PS5.
Cuma kelebihan di PC ni, korang boleh stretch grafik...
lebih besar untuk monitor.
Kalau PS4/PS5 di tv, korang boleh main dengan paparan 1080p atau 4K...
tapi kat PC ni boleh lebih dari tu.
Tapi ikut spec kad grafik korang la.
Dan graphic wise, maybe better sikit.

Apa pun, untuk expansion dan patch akan datang...
kalau tak silap version 7.0.
Square Enix katanya akan mempertingkatkan lagi...
grafik untuk FFXIV menjadi lebih detail.
Maybe akan sama dengan grafik next gen.

GAMEPLAY

Interface:

Satu perkara yang memeningkan semua...
yang nak mula bermain MMORPG ialah interface.
Terlampau banyak ikon dan indicator di skrin.
Juga dengan kotak chat yang terlampau laju untuk dibaca.
Pemain baru mungkin rasa overwhelm dengan semua ni.
Termasuklah jugak dengan aku.

Mungkin ini adalah sebab kenapa pemain baru...
akan tinggalkan game ni altogether.
Aku dulu pun pernah gak stop main game ni dulu,
sebab rasa serabut dengan interface dia.
Yang atas tu apa, yang bawah ni apa.
Semuanya confusing.

But giving it time to understand,
rasanya tak de masalah dengan interface ni.
Untuk fahamkan interface ni je pun makan masa gak.
Nak tau apa setiap ikon dan tulisan buat.
Mana nak tengok map, mana nak rujuk quest.
Semuanya kena fahamkan sebelum korang boleh betul enjoy.
Luckily, I got pass through all that.
So, sekarang ni boleh main dengan tenang.

Elemen Online:

Disebabkan ini ialah MMORPG,
elemen online play tetap ada.
Korang akan interact dengan pemain lain secara minimal.
Interaksi ni selalunya bila orang masuk dungeon,
buat Trial (lawan bos), buat Raid...
participate dalam FATE, ataupun berlawan dalam PvP.

Selain daripada tu, korang still boleh main secara solo,
dan naikkan stats sendiri tanpa pertolongan pemain lain.
Tapi lebih baik kalau bermain dengan kawan,
dan explore dunia FFXIV bersama, ye dak?
Selalunya kalau bermain dengan kawan online,
peluang untuk dapat bonus EXP tu tinggi.
So, cepat la naik stats.
Tapi aku main solo je la.
I'm forever alone gitu.

Progres karektor:

Nak naikkan stat, pemain selalunya perlu naikan EXP.
Nak dapatkan EXP selalunya pemain perlu masuk battle.
Bila menang, akan dapat EXP dan naikkan stat dan level up.
Selain dari battle, pemain perlu buat quest untuk dapat EXP.
Duty Roulette, crafting, PvP, dan macam-macam lagi aktiviti,
yang boleh buat korang dapatkan EXP.

Bila dah dapat EXP dan level up, korang boleh unlock...
item level, dan naikkan lagi stats korang.
Dalam FFXIV ni, banyak items dan senjata ada item level.
Korang tak leh simply pakai item/senjata.
Lebih tinggi level item/senjata tu dari level korang...
jangan harap la nak pakai.
Sampai la korang level up dan menyamai level item/senjata tu...
atau lebih, barulah boleh pakai.

Selain dari tu, progres karektor lebih bergantung kepada...
pemakaian gear, dan belajar kebolehan.
Go through all that, insyaAllah karektor korang boleh jadi hebat.

Pertempuran dan sistem pekerjaan:

Dalam battle, pemain akan bertempur menggunakan kombinasi,
serangan fizikal, skil senjata dan serangan magik.
Pertempuran selalunya secara solo atau berkumpulan.
Sekiranya pemain di dalam dungeon,
selalunya pemain akan bersama dengan pemain lain...
dalam kumpulan 4 orang atau 8 (boss battle).

Dalam kumpulan 4 atau 8 orang ini, akan ada role klasik MMORPG.
Tank, healer, dan attacker.
Tank - Ambil alih perhatian musuh dan terima serangan.
Healer - Perawat untuk pemain dalam kumpulan.
Attacker - Menyerang musuh sehingga KO.
Kerja sepasukan dan strategi selalunya diperlukan untuk musuh yang lebih kuat.

Dalam FFXIV, terdapat lebih kurang 18 pekerjaan.
Yang popular adalah seperti Paladin, Warrior, Bard...
dan bermacam lagi pekerjaan lain.
Pekerjaan ini berbeza mengikut keperluan pemain.
Dari serangan jarak dekat, serangan jarak jauh...
serangan magik, dan bermacam lagi.

Pemain tidak dihadkan untuk menggunakan 1 pekerjaan sahaja.
Pemain boleh menukar pekerjaan pada bila-bila masa...
hanya dengan menukar senjata mereka.
Sistem penukaran pekerjaan ini amat mudah...
jika dibandingkan dengan MMORPG lain.
Ini menjadikan FFXIV popular berbanding MMORPG lain.

KEBOLEH-MAIN-SEMULA

FFXIV merupakan satu permainan online yang amat besar.
Ada begitu banyak content yang boleh korang buat.
Jadi untuk keboleh-main-semula tidak menjadi masalah.
Korang boleh pergi ke Golden Saucer dan bermain mini game.
Atau ke Sanctuary Island dan bangunkan pulau sendiri.
Tak pun sertai FATE dan kutip EXP.

Terdapat juga side quest tersembunyi,
yang boleh korang ikut.
Selalunya quest tersembunyi ni dalam bentuk...
Event perayaan dan event istimewa,
macam crossover game.
Dah banyak kali derang buat crossover...
dengan game lain.
Jadi untuk masa depan, rasanya akan ada banyak lagi...
Crossover yang derang akan buat.

Aku tak risau dangan dengan playability game ni.
Sebab walaupun aku dah habiskan semua main scenario...
tapi banyak lagi content lain yang masih belum aku explore.
Terlalu banyak sampai tak tau nak pilih mana.

KESIMPULAN

So, kesimpulannya...
FFXIV adalah salah satu game terbaik pernah aku main.
Baik dari segi penceritaan atau gameplay.
Support dari player lain pun mantap.
Tak pernah aku jumpa komuniti yang warm dengan pemain baru.

Walaupun game ni ada pincang sikit sana sini...
Selalunya ia ditutup dengan gameplay dan cerita yang baik.
Kadang-kala ada cut scene tanpa voice over.
So pemain terpaksa baca apa yang ditulis dalam bubble.
Dah la halus tulisan dia, panjang pulak tu.
Kadang-kala frust jugak.
Kan bagus kalau semua cut scene penting dibagi suara.
Tak perlu nak baca dialog bagai.

Selain daripada menunggu sistem lama untuk matchkan group...
untuk masuk dungeon ikut Duty Finder...
Dengan adanya AI party sedikit sebanyak menolong jugak la.
Complain lain tak de kot.
This game quite solid jugak la.
Tak banyak yang boleh dibenci.

Jadi korang yang teringin nak main MMORPG,
apa kata try game ni dulu.
InsyaAllah korang puas hati.

SKOR

Dari amatan aku, aku boleh bagi game ni...
8.5 daripada 10.
Quite high bagi aku sebab aku puas hati dengan game ni.
Apa yang membuatkan aku bagi 8.5...
adalah disebabkan soundtrack dia jugak.

Bagi aku kesemua soundtrack dalam game ni best.
Penggunaan orkestra untuk kesemua soundtracknya...
amat refreshing dan mengasyikkan.
Aku cuba bayangkan kalau game ni guna syntesizer.
Mesti aku bagi skor kurang.

***

Okaylah.
Setakat ni dulu reviu untuk game FFXIV ni.
Panjang lebar aku tulis.
Nanti kalau ada apa-apa aku nak tambah,
nanti aku edit dan masukkan.

Thanks sebab sudi baca sampai habis.
Later guys. Or should I say tomorrow.
Hahahaha.

Here's a potato for you.

Assalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.