Type Here to Get Search Results !

Pagi Sabtu yang basah.

Mandom je cuaca pagi ni.
Hujan renyai-renyai semenjak subuh tadi.
Nak buat apa pun malas.

Aku ni pulak nak kena gi keje.
Terpaksa drive hari ni.
Tak kuasa la aku nak berjalan.
Tak pepasal basah lencun sampai office.

Anyway...
Minggu ni panjang cutinya.
Sampai hari Selasa depan.
Korang apa plan?
Balik kampung?
Gi staycation?
Gi bercuti?
Dok rumah je?

Aku pulak tak tahu lagi.
Cuti aku lagi panjang.
Sampai minggu lagi satu lepas minggu depan.
As you know, esok aku kerja.
So, cuti aku setat Isnin.
Time cuti...
Maybe aku balik kampung kot.
Tapi tak finalized lagi.
Tengok keadaan.

Sebenarnya family aku semua...
berkumpul kat kampung mak,
kat Parit 4, Sungai Sumun.

Mak, abah, family along,
family alang dengan family adik semua ada.
Aku jer tak de sebab keje kan?
Tapi derang sampai Isnin je.
Then balik rumah memasing.
Aku ingat kot-kot kalau derang...
ada sampai Selasa ke...
nak la gi singgah sana je.
Tapi, ermmm...
Ntah la.

Papa pun,
pagi ni cukup sejuk.
Tak tau hujan bila nak brenti.
Macam lambat je lagi.
Sampai ke petang kot.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.