16 Januari, 2023

Oncall.

| No comment


So, hari ni...
bermulalah lagi minggu oncall aku.
Dalam hati macam...
Haih!
Kalo tak buat oncall, tak boleh ke?
Tapi kalau tak buat oncall,
tak de la pulak duit tambahan, ye dak?
Huhu...


Selalunya aku oncall 4 minggu sekali.
Yelah, rotation oncall seminggu sekali...
dari 4 orang staff.
Seminggu orang lain.
Seminggu lagi orang lain pulak.
Sampai la turn aku.
Macam tulah keadaannya...
sampai Abang Jamil mampos.
Hahahaha.


Yang oncall ni...
selalunya akan masuk kerja pukul 10.30 pagi.
Sampailah pukul 7.00 petang.
Then bermulalah oncall pada hari tu,
lepas habis kerja sampai keesokan harinya.
Macam tu la rutin dia untuk seminggu.


Jadi, aku yang aku buat tiap kali oncall?
First of all...
Lepas pukul 7 tu,
tunggu je la orang call dari tempat kerja.
Kalau tak de orang call tu...
kira untung la.
Tapi bila ada orang call tu...
1st thing tu kena la jawab call.
Hahahaha...
Tiber kan?
Tak... bila jawab call tu, tanyalah...
apa masalahnya.
Bila dah identify masalah...
kenalah attend, samada selesaikan...
dari rumah atau pergi ke tempat keje.


Selalunya kalau masalah tu pasal software,
aku akan remote je pc office aku dari rumah.
Nak remote pc office,
aku akan guna Team Viewer atau Any Viewer.
But since HQ dah block software ni,
so kita orang pakai VPN je...
yang mana lagi secure.
Then selesaikanlah apa yang patut.


If incase tak dapat selesaikan dari rumah,
atau ada masalah hardware, atau server...
bersedialah untuk panaskan enjin kereta.
Ke office la jawabnya.
Berapa lama tu, bergantunglah.
Kadang kejap, kadang lambat.
Ikut nasib.


So, macam tulah selalunya.
Ikutkan hati dah penat nak buat oncall.
Yelah, tiap kali oncall...
tak boleh nak ke mana-mana.
Nak keluar pun tak boleh pergi jejauh.
Apa tah lagi nak balik kampung ke apa.
Kalau tak buat, tak de duit la pulak.
Haih!


Okaylah korang.
Sampai sini je la.
Esok pulak sambung.

Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog