11 Januari, 2023

On a way to a better life : Quit smoking.

| No comment

 

How many of you have tried and failed?
Ramai je. Termasuklah aku.
Dah banyak kali cuba, tapi hagham...
Esok lusa hisap balik.
Ye dak?


Tapi, Alhamdulillah.
This time around, maybe berjaya kot.
Dah nak dekat 3 bulan dah...
aku tak sentuh rokok.
Even vape pun aku dah stop.
Maybe since aku demam hari tu kot.
Badan dah tak nak terima...
bau or even asap rokok.


Rasanya dah bertahun kot aku dok merokok.
Since patah hati dengan someone...
when I was in my 20s.
Gituhkan?
Patah hati je, frust isap rokok.
Macam tak de menda lain?
Kahs.
Ah! Ye la, 1st time meluahkan perasaan kot...
kat crush.
Alih-alih keje rijek.
Frust, tak leh terima, terus beli rokok sekotak.
Ha kau...
Terus couple ngan rokok.


Mudah-mudahan kali ni berjaya.
Aku pun dah muak duit banyak habis beli rokok.
Dulu murah tak pe la.
Bawah RM10 dah boleh dapat rokok 20 kotak beso.
Sekarang?
Dah nak dekat RM20 kot sekotak.
Kotak kecik mana de jual dah?


Kawan-kawan...
Doakan aku berjaya berhenti ya?
Cita-cita murni ni.
Moga diperkenan.
Ameen.


(^_^)/

Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog