Yey!
Barang aku order dah sampai.
Seterusnya menambah koleksi smart home aku.
Lama dah nak beli menda alah ni.
Tapi baru la ni dapat dengan rege murah.
Dan barang dari dalam Malaysia.
Selalunyalah...
bebarang smart home yang aku beli...
datangnya dari China.
Sebab tak ada orang simpan stok kat Malaysia ni.
Tak de orang nak beli kot.
Yelah, tak ramai lagi yang exposed...
pada teknologi smart home kat sini.
Yang ada pun just enthusiast.
Common homeowner atau penyewa...
masih lagi menggunakan cara tradisional,
untuk mereka menguruskan rumah.
Semua perkara dibuat secara offline dan manual.
Jadi, apa benda yang aku beli tu?
Benda yang aku beli ni namanya SwitchBot.
Macam self-explanatory kan?
Kalau tak terangkan pun, orang dah tau apa dia buat.
Basically, SwitchBot ni ialah robot specific,
untuk 1 perkara; iaitu membuka/menutup suis.
Tak de menda lain yang dia buat.
Suis apa yang dia boleh guna?
Semua jenislah.
Asalkan suis yang digunakan tu cukup panjang...
dan lebar untuk robot ni melakukan tugas dia.
Untuk tujuan ni, aku hanya nak pasangkan...
di suis PC aku je.
Since WOL aku tak nak jalan...
bila aku cuba nak connect ke PC rumah aku dari luar,
contohnya dari office...
PC pulak tertutup.
Jadi, aku nak pasang SwitchBot ni kat PC.
Dan bebila masa aku nak remote PC tu,
dan PC aku kat rumah off,
so boleh je suruh SwitchBot ni on kan.
Mudahkan?
Malas aku nak post detail pasal smart home ni.
Maybe nanti aku akan elaborate pasal smart home ni...
dalam specific post di masa akan datang.
Dulu pernah aku buat thread kat Twitter...
tapi macam tak beberapa nak dilayan.
Orang masih tak berminat kot?
Anyway, aku nak try pasang menda ni balik keje karang.
Tengok cemana kekdahnya.
Nak aku buat video?
Nanti aku pikirkan ya?
InsyaAllah.
Tata. Later, alligator.
(^_^)/