04 Januari, 2023

4/365:2023.

| No comment

Hari ni hari ke empat dari 365 hari dalam tahun 2023.
Semangat nak update blog masih berkobar-kobar.
Tiap hari mencari idea nak buat post apa?
So, hari ni nak cerita pasal apa?


Hari ni kita cerita pasal challenge.
Challenge apa yang aku maksudkan?
Challenge diri sendiri.
Haaa...
Tak pepasal je kan?
Hahahaha... (gelak nervous)


Challenge apa?
Aku challenge diri sendiri untuk buat post.
1 hari 1 post kat blogger ni.
So, aku kena merentan kat diri sendiri nak carik topik.
So far termasuk post ni, aku dah ada 4 post.
Ada 361 post lagi yang perlu aku buat.
Tak ke naya?
Tak de keje, cari keje orang cakap.

 


Tak tahulah if this challenge boleh last sampai bila?
Macam susah je nak keep up 1 post 1 hari.
Yelah, kengkadang banyak menda berlaku.
If not taking much of the time to do something else.
Apa tah lagi menda picisan macam ni kan?
But...
Jom try dulu.
Mana tahu boleh ke idak last sampai 31/12/2023 kan?
That final day 365/365:2023.
Apa pun, InsyaAllah.


***


As to what I seek this year...
Aku nak cari hobi baru.
Which is free or cheap enough.
Salah satu daripadanya ialah; menda ni la.
Boleh kan I consider this as a hobby?
I mean, there's nothing wrong with it.
Cuma kena disiplin sikit la kot.


(In the meantime, aku nak cari hobi lain gak.
Tak kisah la apa.
Janji free atau murah.
Aku terpikir gak kalau aku try jigsaw puzzle?
Bunyik macam best.
Tapi macam tak de tempat la pulak.
Ye lah. Ko nak spread jigsaw pieces tu.
Aku nak letak kat mana do?)


Just let me keep it in mind.
Perhaps belum ada lagi choice lain yang belum aku nampak.


Okay, later peeps.
Until tomorrow!
Gituh tomorrow.
Slalu until next time kan?
Dah challenge gini, baru nak tomorrow bagai.
LoL.


Salam.



Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog