Since awal tahun hari tu,
selalu gak terfikir yang aku perlukan sesuatu...
yang baru dalam hidup aku.
Bukanlah totally baru, tapi an upgrade...
atau penambahbaikan dalam hidup.
Hari tu dapat mesej dari abah dalam group Whatsapp.
Gaya cakapnya macam cabar anak-anak dia...
untuk bersolat subuh di masjid tetiap hari.
Memulanya aku baca je apa yang dia post.
Tapi ntah kenapa aku tak boleh nak let go...
apa yang dia post tu.
Asik terfikir je.
Dalam mesej tu abah tak cakap apa.
Tapi dia tepek menda ni dalam group tu:
KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH SELURUH MALAYSIA 2023
BERMULA ESOK, DIUTAMAKAN KAUM ADAM semua #berhimpun_untuk_SOLAT_SUBUH_BERJEMAAH di Masjid/Surau masing-masing. Kita bangkit seperti negara yang bangkit hasil jemaah solat subuhnya seperti solat jumaat.
Ayuh! Asal saja dia Islam akil baligh tak kira bangsa cina, india dll, tak kira negara, fahaman politik, persatuan, NGO, mazhab, tariqat, pemimpin tertinggi, rakyat biasa, guru, pegawai kerajaan, ustaz, mufti, petani, nelayan, peniaga, pencen, penganggur, selebriti, atlet, fakir, jutawan, pensyarah, mahasiswa, pelajar, pakar ekonomi, pakar IT, pakar politik, tentera, polis termasuk mereka yang sekarang aktif memperjuangkan agama Allah mengikut metod, fahaman & ideologi masing-masing. Beramai-ramai esok kita berhimpun solat subuh di masjid/surau masing-masing.
Kita mulakan apa jua perjuangan esok melalui solat subuh berjemaah!
Jika melalui politik & ekonomi pelbagai cara & helah musuh Islam ingin meranapkannya tapi melalui solat subuh di masjid apa yang boleh mereka buat?
Hari ni kita isytiharkan diri kita bahawa kita bukan lagi berperang dengan musuh Islam tapi kita berperang dengan nafsu kita sendiri dengan pergi masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Seterusnya meningkatkan ukhuwah sesama muslim dan syiar Islam akan makin berkembang.
Semoga dengan bermula subuh berjemaah membawa kepada berjemaah solat-solat fardhu yg lain. Apabila umat Islam seluruh Malaysia dapat istiqamah menunaikan solat subuh berjemaah, insyaAllah pertolongan Allah akan tiba untuk hamba-hambaNya. Aminn.
💚 MOHON DI SEBAR LUASKAN MESEJ INI KE DALAM GROUP MEDIA SOSIAL MASING2 💚
Aku selalunya biasa bersolat kat rumah je.
Mungkin sebab selesa kot.
Lepas bangun tidur,
ambil wudhuk, then solat dalam bilik.
Lepas habis solat, boleh bersenang-senang.
Ye la, bebaring tunggu hari terang.
Kalau hari kerja, lepas solat...
sesiap la apa yang patut.
Kalau hari minggu...
maybe brew kopi, layan phone,
then bila hari dah terang sikit, sambung tidur.
Mungkin aku patut jadikan ni,
sebagai challenge peribadi aku untuk 2023.
Something that I need to do,
not for anyone else, but for myself.
Sampai bila nak ditakuk lama kan?
Perlu jugak perbaiki jadi lebih baik.
InsyaAllah...
Kalau sebar memenda yang bagus,
mungkin kita akan dapat manfaat...
dan pahala melimpah ruah dari Allah.
Sama ada kita dapat buat,
bercadang untuk buat...
mahu pun berniat untuk buat...
sekurang-kurangnya kita dah mendapat pahala.
Moga kita dapat bersama-sama,
bersolat subuh jemaah bersama.
Ameen.
Semoga istiqomah.
BalasPadam