Covid-19 is still around. Tak ada sesapa lagi yang bebas dari dijangkiti. Tetambah yang kerja di hospital macam aku ni.
Bermula dari semalam, office aku mula menjalankan semula aktiviti bekerja dari rumah. Mungkin disebabkan bilangan orang yang dijangkiti semakin ramai kebelakangan ni. Mencanak-canak macam tak reti nak chill.
Tapi semalam aku kerja. Cover untuk kumpulan yang mula wfh semalam. Tapi yang bekerja dari office pulak berdua saja. Aku dengan Adam. Bos aku pulak terpaksa cuti sebab on paternity leave. So, kaki jadi tangan, tangan jadi kaki.
Yang buat jadi haru-biru, Adam terpaksalah pulak pergi bereskan tiga klinik baru yang nak bukak esok. Dia kena siapkan semua pc ngan network dekat klinik baru tu. So, tinggal aku sorang la kat office, kena cover semua troubleshoot satu hospital.
But, apa yang membengangkan aku, time tinggal aku berdua kat officelah semua orang nak call itu ini. Mintak itu ini, rosak sana sini. Time office full dengan IT staff, haram nak call. Kalau ada pun, satu dua je.
Lepas tu vendor datang nak tengok switch. Macam tak de hari lain jugak dia nak datang. Minggu lepas time semua ada, tak nak datang. Ah! Pergilah ko round tengok switch sana sendiri. Tak de masa pulak aku nak melayan. Banyak lagi kerja aku kat office nak handle troubleshoot.
Then, petang tu pulak server buat hal. Time dah nak baliklah dia nak down. Berpusu-pusu semua call tanya kenapa sistem tak boleh masuk. Aiyo! Boleh sabar kejap tak? Kan aku dah bagi notification ke semua pc. Sabarlah! Tapi last-last, aku tak boleh jugak nak upkan server. Dah lebih 10 minit pulak tu. Terpaksalah call hq. Lantak! Tu dah second level troubleshoot. Biar je derang handle.
Aku balik rumah nak dekat pukul 7 malam jugaklah. Eventho hari tu aku masuk awal pagi macam yang bos aku arahkan. Tapi balik tetap macam masuk pukul 10 ya, waktu untuk orang yang oncall balik. *sigh*
Haih! Penat! Nasib baik wfh hari ni. Lepas isi attandance wfh, bukak pc, remote ke office, then aku menaip menda ni. Tak de pulak yang nak call aku. Baguslah tu. Penat semalam tak abes lagi. Bhahaha.
Esok kena masuk office semula. Lusa wfh balik. -_-