Type Here to Get Search Results !

PKP 2.0 dan Darurat?

Masuk 2021 ni, memacam menda jadik. Tak cukup sebulan lagi pun dalam bulan Januari. Dengan banjirnya, dengan gempanya. Memacamlah. Orang pun cakap yang 2021 ni, musim kedua untuk 2020. Hahaha.



Yang terbaru ni, kerajaan dah umum akan menjalankan PKP 2.0. So setakat hari ni, PKP 2.0 ni dah masuk hari ke-5 dah. Di tambah dengan tu, Darurat too was announced by the PM. I just don't get it. Too much politics involved in this. Macam ambek peluang pulak disebabkan Covid-19 untuk terus berkuasa walaupun terang-terang dah tak de sokongan.

Ok! Malas nak pikir pasal politik Malaysia ni. Busuk la semuanya. Yihhh!!!

Pasal PKP 2.0 ni. Walaupun namanya PKP, tapi aku tengok sama je macam PKPB, PKPD dan semua huruf-huruf yang pernah ada belakang PKP tu. Orang ramai masih lagi keluar rumah macam tak de apa-apa. Kereta masih banyak lagi kat jalan raya. Kedai-kedai masih jugak bukak. Orang masih berjogging kat taman-taman awam. SOP semua dah longgar, tak macam PKP 1.0 dulu. 14 hari tu, rasanya macam akan extend lagi la nampaknya.

Yang darurat ni pulak, aku tak nampak pulak apa function dia selain Parlimen yang sedia ada ni tak boleh nak besidang. Tak boleh nak adakan pilihanraya sampai darurat ni resolved. Apa PKP yang sedia ada ni tak berkesan ke nak bendung pendemik ni? Haih!

Aku macam biasa, pergi kerja... tetap. Cuma sekarang ni wfh berselang-seli dengan datang kerja di pejabat. Beli menda makan pun macam biasa, cuma kena rush sebab kedai disuruh tutup pukul 8. Kalau tak, makan megi je la memalam. Tu pun kalau ada stok kat rumah.



Better yet, semalam kes Covid-19 dah capai 4k kes. Haiyo! Takodt. Harap-harap jumlah kes turun la nanti. Aku pun macam dah takut nak keluar rumah. Nasib baiklah aku ni jenis yang tak berapa suka nak keluar kalau tak de benda penting.

Korang tu, kalau tak de benda, duduk je la kat rumah. Ni asyik nak keluar je macam tak de apa-apa. Kang bila dah terjangkit, barulah nak kutuk itu ini. Aku pon, tak de la suka nau terperap kat rumah je, tapi untuk kurangkan keboleh jangkitan ni, better duduk kat rumah. Ni la timenya nak berehat-rehat dan tido sepuasnya kat rumah. Kahs.

Okaylah korang. Jaga diri, jaga jarak, jangan lupa pakai mask, cuci tanyan selalu, tonyoh sanitizer bagai.

Stay safe! 

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.