Type Here to Get Search Results !

Pokemon Go

Salam…

 

pokemongo

 

Rasanya rata-rata dah tau kot pasal game…

Pokemon Go ni.

Kecoh gak la pada mereka yang pro…

dan contra ngan game ni.

Bagi aku, aku okay je ngan game ni.

Aku pun main gak.

Just for fun.

Tak de la nak “makan Pokemon,

minum Pokemon, tidur Pokemon” sangat.

Setakat seronok-seronok je.

 

Dan bagi aku jugak,

game ni lebih bersifat trending.

Bila dah habis trending dia…

tak de la orang beria-ia sangat…

nak mainnya.

Bila ramai yang dah bosan nanti,

brenti la tu.

So tak payah nak kecoh nau la.

 

Kalau nak kupas satu persatu…

pasal baik buruk game ni,

aku rasa sampai esok pon tak habis.

Yang itu cakap gini.

Yang gini cakap gitu.

Maki hamun mufti la bila dia haramkan.

(Pastu kata tak haram, tapi tak digalakkan…

main sebab memudaratkan.)

Aku pun tak paham.

Kalo tak setuju pun, diam je la.

Dia buat keje dia kot.

 

Screenshot_2016-08-09-13-08-16 Screenshot_2016-08-08-00-06-09 Screenshot_2016-08-08-01-00-19

 

Anyway…

Started like everyone.

La ni dah level 6.

Dah nak ke level 7 pun.

Banyak gak la Pokemon yang berkeliaran…

kat area rumah dah area hospital.

 

Apa yang best kat area aku ni…

banyak Pokestop.

Depan hospital ada Pokestop.

Depan rumah ada Pokestop.

Gym pon dekat…

keluar beranda je dah ada Gym.

Senang betol hidup.

 

Screenshot_2016-08-07-10-18-09

 

Sebenarnyakan…

malas nak berjalan gi tangkap Pokemon ni.

So, aku gi tangkap time nak gi keje,

nak gi beli makanan,

balik keje je.

Nak gak gi Titiwangsa sana tu.

Tapi jadi malas pulak.

Huhu.

 

Screenshot_2016-08-09-13-08-56 Screenshot_2016-08-09-14-01-44 Screenshot_2016-08-09-14-09-03

 

Time game ni tengah trending,

so kita layankan aje.

Aku nak tengok sebenarnya…

berapa ramai orang yang boleh bertahan…

dengan game ni, sampailah derang bosan.

Time tu, aku nak tengok apa jadi.

Ada tak time tu ramai yang rajin…

keluar rumah, gi open places…

dan tangkap pokemon ni.

Hahahaha…

 

Screenshot_2016-08-07-12-02-53

Screenshot_2016-08-07-10-08-46

 

Apa pun…

selamat bermain Pokemon Go people.

Jaga diri masa bermain tu.

Jangan sampai memudaratkan.

Jangan sampai leka.

Jangan sampai lupa nak makan.

Jangan ceroboh privasi orang…

dan yang penting…

jangan lupa sembahyang.

Hahahaha…

 

p/s: Bila tah nak naik level 7 ni?

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.