Type Here to Get Search Results !

Bukan langit manusia

Salam...


No Man's Sky ialah permainan video (game)...
yang dihasilkan oleh Hello Games untuk...
platform PS4 dan Windows.
Akan dipasarkan pada bulan Ogos 2016 ni.

Game ini bertumpukan kepada...
4 tonggak utama iaitu eksplorasi, kombat,
perdagangan dan survival...
yang mana pemain bebas bergerak di dalam,
cakerawala virtual terbuka yang dijana...
secara prosidural yang mengandungi...
18 quintilian (1.8×1019) buah planet.
Kebanyakan planet ini mempunya set flora...
dan faunanya sendiri.

Oleh kerana besarnya saiz game ni,
Well, cukuplah satu game ni je untuk seluruh hidup.

Dianggarkan sekiranya seorang pemain...
menjejakkan kaki di setiap planet di dalam game ini...
selama 2 saat, ianya mengambil masa selama...
5 bilion tahun untuk menghabiskan...
eksplorasi keseluruhannya.

Hahahaha...



Antara highlight yang ada dalam game ni,
yang boleh korang buat nanti adalah:
- submit info pasal planet ke Atlas (universal database)
- kumpul bahan untuk upgrade kapal angkasa dan senjata
- beli kapal angkasa baru untuk jelajah ke angkasa dalam
- berkongsi koordinat planet
- bermain secara offline
- dan lain-lain.

Okay to cut things short.
Game ni gigantic kot.
Tak penah ada dalam mana-mana game yang...
dibuat oleh mana-mana syarikat game...
dengan saiz sebegini.
Semuanya dijana secara prosidural.
That means, developer pon tak tau,
apa yang ada dalam game ni.



Gameplay untuk game ni tak spesifik sebenarnya.
Boleh free roaming ataupun ikut pada mission...
yang dibagi.
Tapi apa yang aku dengar, objektif dalam game ni,
ialah untuk sampai ke pusat cakerawala.
Tak tahulah apa yang ada kat sana.
Rasa intrigue pulak nak tau.



Supposedly, game ni dah lama keluar,
tapi kena delay sebab ada masalah ngan nama "Sky" tu.
Nama "Sky" tu adalah trademark kepada Sky plc.
So lepas legal nego, derang dapatlah kekalkan nama...
No Man's Sky tu.
Seriously, ada syarikat yang own nama "Sky" dan...
tak leh ada orang lain boleh pakai nama tu.
Macam ridiculous pulak rasanya.

Anyway.
Aku rasa tak sabar nak beli game ni.
Aku rasa game dia agak inovatif.
Agak lain dari yang lain.
Dan aku gak wonder sampai bila aku dan...
orang lain akan tahan main game ni.
Maklumlah, dunia dalam game tu...
besor bebenor.


Mana yang berminat tu...
Game ni akan dijual bermula pada
9 Ogos, 2016.
Dah tak lama tu.
So, bila dah keluar tu...
jomlah pakat beli dan jadi zombi...
selama 5 bilion tahun.
Hahahaha...

p/s: Bukan game yang ditunggu tunggu.

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.