Type Here to Get Search Results !

Playstation VR is coming!

Salam.

Berita baru dengar semalam.
Playstation VR akan dirilis...
pada 13 Oktober 2016, di Malaysia,
tahun ni.

Harga PS VR ni around RM 1,849...
tapi sure yang jual kedai-kedai game,
akan jual mahal dari harga tersebut.
Macam biasalah!
Dulu masa PS4 keluar pun,
menda yang sama gak jadik.
Tokei kedai nak amek untung.
Jual mahal dari harga sepatutnya.
So, nasihat aku, baik terus gi butik...
Sony dan beli PS VR dari sana terus.
Sekurang-kurangnya ada warranty, kan?


Harga PS VR kat Malaysia ni,
walaupun dah sama rege ngan PS4 itself...
dia jauh lagi murah daripada...
Filipina, Thailand ngan Indonesia.
Tapi agak mahal berbanding US, Jepun dan...
beberapa negara Asia lain.
Kira okay la tu.
Dari harga jangkaan awal-awal dulu lebih kurang...
RM 2,500.
Bapak mahal kan?

Ada jugak pakej PS VR ngan PS Camera.
Harga pun lebih jugak la kan?
Lebih kurang RM 2,029.
Dapat jimat lebih kurang RM 69...
sebab PS Camera tu sendiri lebih kurang RM 249.
PS Camera ni agak crucial gak la kalau...
korang nak main game ngan PS VR ni.
So, mana yang dah ada PS Camera ni,
okay la kot.
Tapi ngan bundle ni pun ok gak...
sebab dapat jimat banyak.

Okay, tak yah cakap banyak.
PS VR ni dah boleh di pre-order setat 30 Julai ni.
So cecepat la gi butik Sony sana.
Boleh jadi orang terawal pakai PS VR.

Laytah.

p/s: Kumpul duit.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.