Salam.
Tak lama dulu, aku ada buat entry...
pasal rumah aku kan?
Aku pun dah lupa bila.
Tapi ada la dulu.
But itu lebih kepada bilik sendiri.
Now lebih banyak tumpu pada...
luar bilik plak,
selain dari bilik tidur sendiri.
i.e. ruang tamu, dapur dll.
Aku ni bukanlah pandai nak decor rumah.
Tapi kalau setakat nak buat rumah tu kemas...
boleh je.
Serabut doh tengok rumah sesemak.
Jadi kalo tengok rumah tu kemas,
puas hati.
Walaupun aku dok bujang,
tapi aku bukanlah macam tipikal...
orang bujang yang rumah macam...
tongkang pecah.
Rasanya, orang bujang sekarang ni,
tak la macam dulu.
Rumah dah siap kemas cantik.
Dah macam rumah orang yang dah kawen.
Tah tah, lagi cantik kot dari rumah...
orang yang dah kawen.
Kakakaka...
Okay...
Meh aku bawak tour,
ke rumah yang aku dok ngan...
hosmet aku; Achik ngan Zuzuk.
Ruang tamu:
Banyak dah menda yang aku buang...
dan tak lagi berfungsi kat sini.
Lemari, sofa ngan meja buruk...
yang dah reput, semua aku buang.
Ganti ngan perabut murah yang functional.
Macam gambar panorama kat atas tu.
dah bukak habis dah, biar lebih airy...
terang dan nampak luas.
Tak macam dulu, secluded.
Gelap. Dull.
Sebenarnya, sofa ni dah rosak.
Memang cadang nak tukar.
Tapi macam belum masanya kot.
Kaki dia dah patah mostly...
tapi aku dah buang semuanya.
So jadilah sofa kontot macam kat atas tu.
Rak ni sebenarnya asal dalam bilik aku.
Tapi aku dah bawak keluar...
so boleh dijadikan tpt letak projektor...
ngan bluray player.
So tak payah nak gantung ke apa.
Ni sebenarnya center entertainment...
kat dalam rumah ni.
Tempat lepak tengok movie,
ngan channel HGTV.
Kahs.
Selalunya depan tv ni la kitaorang...
melingkar sambil stream tv...
dan makan keropok/kudap-kudap.
Meja makan ni sebenarnya hiasan je.
Jarang kita orang makan atas tu.
Just buat keje ngan komputer kengkadang.
Kalau ada masak memenda je...
kita orang makan kat sini.
Selalunya, makan depan tv je.
Meja pc ni pun hiasan je sebenarnya.
Tak berapa nak guna pun.
Originally, meja ni dalam bilik aku.
Tapi aku dah bawak keluar...
sebab aku nak lapangkan bilik.
So, since ada ruang kosong kat situ,
aku boh la.
Tak de la nampak kosong sangat.
Rak ni dah jadi macam rak serbaguna.
Semua menda boh situ.
Dari DVD, buku, novel, gelas...
memacam la.
Kalo tak de rak ni, susah gak.
Tak tau nak boh mana memenda semua tu.
Bilik tidur:
Aku rasa since aku dok rumah ni,
ni la first time aku ubah kedudukan...
perabot dalam bilik aku nih.
Kalau dulu katil mengadap ke pintu...
sekarang ni aku dah ubah kat tingkap.
And yep, aku still tak boleh nak buang...
ekon oldskool yang ada kat tingkap tu.
Annoying sebenarnya.
Selain dari ubah katil king tu,
kebanyakan perabot yang ada...
aku dah keluarkan.
Antaranya meja komputer,
dan rak buku.
So dapatlah freekan sikit space...
dalam bilik ni.
Ada la ruang nak membogelkan diri.
Eh.
Katil ni memang bagak.
Memang besar.
Tapi aku tido sorang gak.
Lol.
Nak cari cadar ngan comforter pon,
kena pikir 2-3 kali.
Mahal nok nak beli.
So rotate je la dengan apa yang ada.
Bed side table pun jenis yang selit...
bawah katil.
Sebenarnya sudut ni...
kosong sebenarnya.
Just beli kaki komputer,
dan letak kat kaki katil...
supaya senang nak capai bila kena...
connect ke tempat keje.
Kipas tu pulak aku baru bawak masuk.
Sebab tak tau nak letak mana dah.
Nak buang sayang...
sebab elok lagi.
Jadi, buat la penyejuk pc yang on...
24 jam sehari bila waktu oncall.
Dalam bilik, ni lah sudut main entertainment.
Kalau dah malas nak dok luar,
memang bukak tibi kat sini je.
Tempat main game gak.
Yang atas tv tu, just plushies...
yang aku dapat dari orang.
Seperti yang aku cakap dulu...
aku ni memang jenis tak suka pepeluk...
menatang alah tu.
So, boh je la atas tv.
Ok yang atas ni lak,
just ruang storage aku.
Memenda penting yang nak kena store,
barang-barang mekap (lol!)...
and some of the gambar kesayangans.
Biar dekat, buka mata je nampak derang.
Hiks.
Tempat pegang iPad tu,
aku baru je letak.
Memang jenis malas nak pegang.
Sambil baring... tgk menda tu.
Pemalas sangat kan?
^^
Okay...
Aku rasa sampai tu je kot tour rumah aku.
Ingat nak tunjuk blah dapoq.
Tapi dapoq tak siap lagi.
Projek in the works.
Nak tunjuk pun malu lahai.
So, nanti bila dah siap...
boleh la aku tunjuk kat korang.
Sampai sini je la.
Lenkali aku post lagi...
kot kot aku rajin lagi la menghapdet...
susun atur rumah.
Later guys.
p/s: Sapa nak tolong catkan bilik? Hahahaha...
kecik ati fadli nama dia tak di mensyen. lol
BalasPadamHahahaha... Yihhh...
Padam