Malam makin larut.
4:35 pagi.
Mata masih terbuka.
Entah apa yang mengganggu?
Jenuh pusing kanan kiri.
Bantal semua hangat dipeluk.
Dari kepala katil...
sehingga hujung kaki.
Tapi tetap tak mahu lena.
Esok nak kerja.
Tapi itulah...
Mata tetap tak mahu ikut kata.
Kamu...
Dia...
Keluar dari kepala aku sekarang!
Bukan korang yang aku perlu.
Ruang kepalaku perlu kosong.
Tak perlukan sesiapa di sini.
Jeda masa terlalu besar...
Untuk aku ingat semua.
Aku simpul semua dengan doa.
Aku ingin hidup tenang.
Aku perlu damai.
Jauhi minda aku agar kembali sepi.
Tak perlu lagi getar.
Tiada lagi rasa sebal...
Biar aku akhir semua dengan senyum.
Bahagia malam melihat bahagia.
Yang sana...
Yang sini...
Biar bertaup bersatu.
Membiar aku terlena semula.
Dalam sepi yang selamanya...
Selamat malam dunia.
Aku ingin lena.
Ingin lupakan semua.
Sayang sekali.
berapa jam je tido ni. kesiannya. risau kita. eh
BalasPadam