Type Here to Get Search Results !

Tinggal…

Salam…

 

Esok dah nak cuti.

Ramai dah meninggalkan kotaraya.

Ada jugak yang masih tinggal.

 

Aku dalam kategori masih tinggal.

 

Bukan setakat tinggal kat KL.

time cuti panjang perayaan, 

tapi masih lagi tinggal…

dalam banyak perkara,

bila banyak perkara lain dah diteruskan.

Setiaku di sini.

#gitchew

 

keep-calm-esok-cuti- 

Masih tak ada plan apa.

time cuti 4 hari ni.

On call, kena la standby je kat rumah.

Incase kot-kot hospital call.

Bukan boleh percaya sangat,

kalo nak tinggal jejauh dari hospital.

Tetau je… itulah, inilah.

End up, aku kena drop semua benda,

yang tengah aku buat untuk hadap …

memenda kat hospital tu.

 

Bercakap pasal kena tinggal ni,

berapa kali dah korang kena tinggal?

Ye la, maksud aku semua jenis tinggal.

Kena tinggal bas ke.

Kena tinggal kekasih.

Kena tinggal tepi jalan.

Semua jenis tinggal la…

 

Perkara kena tinggal ni memang tak best.

Tapi berapa ramai je yang boleh terima,

bila kena tinggal?

Meroyan?

Merajuk?

Bawa diri?

Pepandailah korang nak deal, kan?

 

Bagi aku, kena tinggal tu perkara biasa.

Terlebih sayang pun kena tinggal.

Tak cukup sayang pun kena tinggal.

Apa tah lagi bila tak de pape,

memang tak de la sapa nak tunggu…

dan terus tinggal tanpa banyak cakap.

So, jadi perkara paling senang nak buat…

diam dan biarkan aja.

Sama ada tak ada rezeki,

atau memang tak ada jodoh.

Antara dua tu je…

Tapi perkara ditinggalkan itu,

aku macam biasa je…

masih lagi tinggal dekat sini.

Kekal setia macam biasa.

Hahahahaha… Ko mampu?

 

LOL!

 

Tadelah!

Aku malas nak pikir pepanjang.

Jenis aku, aku tak pernah buang sesapa.

Kalau ada, aku layan.

Kalau tak de, aku still macam ni.

Hidup makan tido bagai,

tak pernah berubah.

Kalau ada yang kata aku berubah tu,

derang tak cukup kenal aku cemana.

 

Anyway…

Untuk mereka yang bercuti esok,

selamat bercuti.

Berhati-hati di jalanraya.

Semoga korang selamat sampai ke destinasi.

Kalau tak balik tu…

masih di KL,

selamat beristirehat.

Jangan lupa dengar Ultra 101.3…

Haaa gituh!

Siap promot!

Kekekekekekeke…

 

Selamat Tahun Baru Cina.

 

p/s : Angpau mana? Angpau?

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tinggalkakuuuuuuuuuu
    perlahan lahan ku terimaaaaaaaa

    BalasPadam