Type Here to Get Search Results !

Satu hari dulu, pada tahun 97

mbfw 

Malam tadi…

Aku ada terbaca status kawan lama.

Kat Facebook,

Dia bercakap mengenai filem lama.

Yang juga filem all time favourite aku.

My Best Friend’s Wedding.

Dia quote satu line dari filem tu.

Sewaktu Jules dengan Kim…

Tengah bergaduh kat dalam tandas.

Berebutkan Michael.

 

“Big haired,

Skinny,

Food critic”

 

Aku tersenyum bila baca.

Teringat peristiwa tahun itu.

1997.

Sewaktu aku menonton filem ni.

Kat pawagam Cathay…

Ke Lido?…

Aku pun dah tak ingat.

Lama sangat!

Aku, Ipin, Tet dengan Bella.

(Hmmm… Apa cerita derang?

Lama dah tak dengar khabar berita!)

Terus serbu panggung.

Bila cerita ni keluar time tu.

Al-maklumlah!

Masing-masing peminat Julia Roberts.

So, tak boleh lepaskan peluang la.

 

Tapi, apa yang menariknya?

 

Hmmm… Aku masih lagi teringat.

Sewaktu klimaks cerita ni.

Tak semena-mena.

Air mata aku meleleh.

Macam air pili.

Hidung berair…

Memang tak boleh nak tahan.

Sampai Ipin, Tet dengan Bella.

Pusing tengok aku waktu tu.

Derang pun pelik tengok aku.

Padahal cerita tu.

Romantic comedy.

Bukan cerita ala-ala Titanic.

 

Sampai habis cerita tu.

Sampai semua keluar dari panggung.

Air mata masih tak berhenti meleleh.

Aku masa tu pun tak faham.

Kenapa?

Jenuh dah tahan.

Tapi tak boleh jugak.

Sampai aku jalan depan sikit…

Dari Ipin, Tet ngan Bella.

Tak nak la bagi derang risau pulak.

Bila air mata meleleh sampai ke luar panggung.

Filem dah habis… tapi…

Tetap sedih bagai.

 

Hahaha! Pertama kali menangis di khalayak!

Tapi nasib baik tak ada yang perasan! :p

 

Bila dah dapat control.

Aku dok tepi jalan.

Tunggu Ipin, Tet dengan Bella sampai.

Saja derang jalan lengah.

Tunggu aku cool down.

Bila derang sampai.

Masing-masing senyum kat aku.

“Ko kenapa?”

Ipin tanya waktu tu.

Aku senyum balik.

“Tak ada apalah!”

Itu yang aku balas.

Derang ketawa bagai nak rak tengok gelagat aku.

Ye la! Kalau korang pun rasa kelakar.

Bila orang macam aku breakdown tetiba.

Pasal tengok wayang pulak tu.

Aku pun rasa macam orang bodoh waktu tu.

Haha! Poyo!

 

Tapi kenapa filem ni?

Kenapa cerita tu yang buat aku sentap?

Hahaha…

Adalah ceritanya.

Macam-macam yang datang dalam fikiran.

Sewaktu menonton.

Mungkin dalam post yang lain aku cerita.

Tapi pengalaman tu yang aku tak boleh lupa.

Mungkin kali tu je.

Tak mungkin lagi breakdown kat public lagi.

Hahaha…

Bodoh betul!

Maklumlah! Darah muda waktu tu!

 

Sapa kata lelaki tak boleh breakdown?

Kalau tak boleh tu, adalah something wrong kat mana-mana.

Cuma lelaki lebih banyak hold back.

Semata-mata nak kekalkan ego.

Tapi kalau ego tu dah tinggi melangit.

Runtuh jugak menyembah bumi.

Apa yang terjadi?

Haaa… Hujan lah!

 

p/s : Bila kali terakhir korang menangis?

p/s/s : Ipin adalah seorang perempuan.

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
one of my fave movie...