Type Here to Get Search Results !

Keadaan banjir di Kedah yang menyedihkan

Berchatting dengan kawan lama di YM tadik. Menceritakan keadaan di Kedah yang sedang banjir sekarang ni. Sedih. Lebih kurang 40,000 orang terpaksa dipindahkan dari kediaman masing². Bekalan air bersih yang tak mencukupi, bekalan makanan mentah yang berkurangan, hubungan jalanraya yang terputus… Semuanya kerana banjir besar yang berlaku di sana.

 

Walaupun kita mendengar berita dari kaca televisyen tentang banjir Kedah, tetapi apabila aku mendengar sendiri daripada mulut dia (jari sebenarnya… ehehehe…), tentang perit jerih diri dia dan penduduk Kedah dalam waktu kesusahan ni, aku hanya mampu berkata, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Susah senang mereka saja yang rasakan…

 

Sama-samalah kita mendoakan keadaan banjir di sana segera reda, dan memudahkan urusan mereka yang dalam kesusahan… Amin…

 

Aneka Mall (Basement) Bendang jadi Lautan 1 Bendang jadi Lautan 2 Jalan dari SMTATAR ke Taman Tabung Haji (jalan belakang) 3 Jalan dari SMTATAR ke Taman Tabung Haji (jalan belakang)2 Kepala Batas 5 (arah Hutan Kampung) Lebuhraya Utara Selatan (arah BKH) berhampiran Exit Jitra (S) 4 LTSAH 3 Masjid Syarifah Fatimah selepas banjir 2 Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu (Exora dan Iswara tenggelam) 2 PJ2 selepas banjir 2 Rumah Paktam @ Taman Mahsuri (Jiran Sebelah) Rumah Paktam @ Taman Mahsuri (Jalan Belakang) Stadium Mini Jitra Taman Mahsuri 

p/s : Gambar² di atas adalah sumbangan Mizi, terima kasih! Banyak lagi gambar sebenarnya, nanti aku upload dari masa ke semasa…

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. banjir kat kedah mmg amat menyedihkan harap2 warga kedah brsabar
    tp bila ak tengok gambaq2 anak2 muda kedah (bkn semua tp hak ak sempat tengok) lg menyedihkan pasai pa ak ckp cmtu sbb bila tngok anak muda remaja pompuan kedah time banjir dok pakai seluar pendek lebih pada apek cina....hak tu bwt ak trkedu seolah2 mrka2 yg trbabit xdak prasaan takot lngsung dlm dri mrka spttnya banjir ni kita akn lebih takut nk bwt prkara2 yg dilarang tp lain plak pd sesetengah golongan....apa nk jd dng remaja islam kita....??

    BalasPadam