Type Here to Get Search Results !

20102010

20102010

 

20102010… Bila difikirkan balik, tarikh ni agak menakutkankan aku. Bukan sebab nombor tu sendiri, tapi disebabkan apa yang berlaku pada tarikh tersebut… apa yang berlaku hari ni. Sepanjang hari aku tak dapat nak pikir menda lain melainkan apa yang telah diperkatakan pada aku pada penutup hari tadi (dikala senjakala…)

 

Pada mulanya, memanglah annoying… Tapi aku sendiri tak dapat nak menafikan pada kebenaran dalam setiap patah perkataan yang dikatakan, dan jugak susulan cabaran yang diberikan. Semuanya seolah perkara yang amat mustahil untuk aku lakukan. Aku! Bukan orang lain. Setiap perkataan yang diberi seolah mencengkam keperibadian yang selama ni aku pertahankan. Dan dalam pada masa yang sama menyuntik semangat yang membuatkan aku berkobar² untuk melakukannya.

 

Tapi… 2 tahun bukanlah tempoh masa yang lama. Pejam mata saja dah 2 tahun. Dan tertanya² jugak, apa yang mampu untuk aku capai dalam 2 tahun itu?

 

Terus terang, ianya memang menakutkan aku…

 

Tapi aku tak menolak kemungkinan. Aku tidak langsung menolak andaian sekiranya aku akan melakukan apa yang diminta untuk dibuat. Tapi satu yang aku tidak dapat nak katakan adalah; adakah aku sudah bersedia? Untuk melangkah ke alam baru dan meninggalkan dunia yang selama ini aku selesa bersama. Sanggupkah aku sedia untuk korbankan apa yang selama ini aku berpegang teguh dan sudah berakar umbi dalam permainan jiwa dan perasaan aku. Sanggupkah aku merungkai seurat benang menjadi helaian halus yang berselirat bernama sebuah perkahwinan? Dan settle down sehingga ke akhir hayat? Hmmm… aku belum lagi dapat bayangkan!

 

Hmmm… Seharusnya aku fikir secara mendalam mulai saat ini…

 

This is deep, really deep! Makan dalam yang teramat sangat… Walaupun berpuluh yang dahulunya mendesak  dan bertanya, dan tindakan aku menepis pelbagai soalan menjengkelkan, tetapi apabila soalan yang sama ditanyakan oleh seorang ini, semua ego aku tentang perkara yang satu ni seakan cair. Bukan kerana aku tunduk pada dia, bukan disebabkan aku terpukul dengan hakikat yang diberi tepat pada muka aku… tapi disebabkan akan kenyataan tentang apa yang dia tahu tentang aku. Seolah² bercakap dengannya adalah seperti dia melihat mata aku tembus ke belakang kepala dalam keadaan bogel. Tiada apa yang dapat disembunyikan apatah lagi untuk disorok. Dan itulah satu perkara yang tidak mampu aku lawan dan patahkan, sebaliknya memikirkan tentang betul salahnya setiap kata-katanya.

 

Arghhh… Aku benci apabila aku perlu untuk mula melukis garisan antara masa sekarang dengan masa hadapan. Seolah aku terikat dengan perkara yang aku sendiri tak dapat nak janjikan apa-apa…

 

Dan apabila hari ini termaktub satu perjanjian tak rasmi, dan batas yang telah digariskan dengan masa yang semakin lama semakin suntuk… 20102010 adalah tarikh yang perlu untuk aku catit sebagai tarikh yang amat penting!

 

p/s : Perlu ke aku takut? Atau perlu ke aku bergembira?

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
nizam_5282 berkata…
Apa nak di cerita ni? berbelit belit
Ijann Hj. Marzuki berkata…
Citer pasal nak kawen! tapi macam tak nak kawen, tapi kena kawen... hahaha...
mardau berkata…
cayok! cayok!
anggap ini satu cabaran yg menarik. dan kau akan lalui perjalanan yg menarik tatkala 2 tahun tu diberi...