Type Here to Get Search Results !

Teringat…

Tetiba, teringat pulak rumah kat kampung arwah Opah yang apa ntah ceritanya. Dah lama rumah tu ditinggalkan sebab tak berjaga semenjak arwah Opah pergi menyambut panggilan ilahi. Dan semenjak itu jugaklah, tidak ada lagi family reunion di malam raya seperti yang selalunya dilakukan setiap tahun…

 

dah tua dimamah usia...

 
Semenjak arwah Opah tak ada, Pak Lang pun dah jarang tinggal di rumah tu. Sebaliknya dia tinggal di rumah baru yang dibinanya tak jauh dari kawasan dia bekerja. Sekali-sekala, dia menjenguk rumah ini untuk melihat keadaan. Kalau dulunya, dia dan arwah Opah akan sentiasa berada di situ, kini, rumah itu sudah sepi dan tua dimakan usia…

 

Sedih gak mengenangkan keadaan rumah arwah Opah macam tu. Kalau aku tinggal berdekatan, nak jugak aku tolong jaga atau tengokkan, sebab rumah tulah yang selalu mengingatkan peristiwa pahit manis sewaktu kecik². Macammana tak sukanya aku nak pergi ke rumah tu sewaktu kecik… Walau macammana aku dan adik beradik yang lain terasa amat bosan tinggal di dalamnya ketika itu… tapi semua tu tinggal nostalgia je. Semakin masa meninggalkan, rumah usang dan tua itu selalu membuatkan aku rindu pada waktu lampau…

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Tanpa Nama berkata…
Kat kampung mana?
Ijann Hj. Marzuki berkata…
Parit 4, Sungai Sumun, Perak...
nizam_5282 berkata…
Rumah ni la kenangan kena sengat lipan...