Type Here to Get Search Results !

Lama tak berblogging...

Salam...

Lama betul aku tak berblogging. Entry untuk bulan Mac ni pun ada berapa kerat je. Huhu... Mati la kalo cam ni. Bukannya apa, keperluan kerja lebih banyak menuntut pengorbanan tenaga sekarang ni. Tambahan pulak, aku sekarang ni dah mula bekerja kat hospital baru. Bangunan baru pulak tu. Mana nak angkat barang lagi, mana nak gi troubleshoot lagi... Nak melayan kerenah orang lagi... Yelah, mana tak nya, aku kan orang baru kat hospital tu. Kena la ramah tamah sikit, kenal orang tu, kenal orang ni, kang kalo tak kang cakap aku sombong la pulak...

Tambahan bulan Mac ni, macam-macam menda yang kena aku attand. Adik aku kawen la, arijadi aku la, jumpa orang itu, betulkan pc ni. Tak cukup tangan... Balik rumah lepas kerja pulak sekarang ni tak macam dulu, sharp je pukul 5 je, dah ready nak punch out. Sekarang mintak mahap la ye Cik Bedah semua. Paling awal pun pukul 5.45 petang...

Bila balik rumah, mandi makan segala, layan facebook kejap, lepas tu lena. Mula balik cycle rutin hidup balik macam biasa lepas tu. Kayanya idak... (bila la aku nak kaya nih, asyik kayap je...) Nak menulis blog pun terlupa. 2-3 kali ingat nak buat entry, tapi last-last entry aku kat atas katil je la...

Ni pun aku tulis melalui iPhone. Malas pulak nak bukak Live Writer kat PC, dah sedap mengguling-guling kat katil, mata lak tak berapa nak ngantuk, baru la aku berkesempatan nak buat entry. Hahahaha... Berjaya jugak akhirnya! Syabas buat aku.

InsyaAllah, lepas test run sistem kat hospital nanti, aku akan aktif menulis balik entry-entry kat blog aku nih. Sekarang terlalu bizi, macam lebah lak aku nih kan? Hihihi... Jumpa lagik nanti.

Daaaaaa...

p/s : Cam ne nak ilangkan sakit pinggang eyh? Asik kuat ngangkat barang jer neh!!!





[via iPhone]

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Cahaya Azrin berkata…
heheheheh.....sye da kembali!!!!cmne nk ilangkan skit pinggang???buang jew la pinggang tu....xdew sakit2 ag da....heheheheh