Type Here to Get Search Results !

Earth Hour 2010








Earth Hour 2010... Tak semeriah tahun lepas. Kalau tahun lepas, aku sibuk dengan mempromosikan global event ni kat semua orang. Dari promosi mulut ke mulut, menaikkan poster, promosi dalam blog ni, kat facebook... Tapi tahun ni, aku tak dapat nak buat semua tu sebab aku bizi. Lagipun, aku dapat info lambat sikit tak macam tahun lepas; i.e. WWF mempromosikan menda ni tak sehebat tahun lepas.

Cuma tahun ni, aku just promosikan dari mulut ke mulut je. Beritahu kepada kengkawan dekat dan family. Paling jauh pun kat facebook. Itu je yang mampu aku buat. Tak dapat nak promosi lebih-lebih. Huhu... Sedih!

Tahun ni, aku macam tahun lepas gak, ber Earth Hour dekat GP. Kedai kakak aku memang take part Earth Hour dengan bergelap selama sejam dari 8.30-9.30 malam, sama macam tahun lepas. Aku yang promote habis-habisan Earth Hour ni kat dia. Alhamdulillah, tahun ni pun dia take part jugak.

Cuma apa yang aku kecewa, tak ramai yang taw tentang Earth Hour. Tak taw la samada derang sedar atau tak global event ni... ataupun tak nak amek taw tentang apa siknifiken Earth Hour ni pada manusia, alam sekitar dan bumi. Tak ada pun tindak balas atau respond tentang inisiatif sesetengah manusia yang berusaha untuk menjaga kepentingan bumi untuk semua. Bumi ni satu dan tak de penggantinya. Jadi, sesamalah kita menjaganya.

p/s : Tahun depan insyaAllah, aku akan perhebatkan promosi Earth Hour nih kat Tawakkal lak.

[via iPhone]

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Cahaya Azrin berkata…
sye kt cni....lampu dapo je x ttup...sbb takowt...gelap sgt...anak dara x elok bergelap nie...lalallala