Type Here to Get Search Results !

Mari makan Megi…

*Amaran… Terlalu banyak makan Megi tu tak baik!

Megi? Sinonim dah dengan kehidupan seseorang manusia yang bergelar bujang. Yang kawen pun ada gak, tapi tak slalu. Makan megi ni dah jadik macam sub-culture dah untuk kehidupan bujangan tak kira sesiapa jer. Melayu ke, Cina ke, India ke… Even Caucasian pun sama gak. Bukan apa, megi ni adalah makanan paling murah dan senang nak dihidangkan. Dan mengenyangkan perut! Sebab tu lah ianya menjadi hidangan utama dan pilihan hati orang-orang bujang, yang selalunya diambil pada tengah atau hujung bulan…

Satu yang pelik pasal megi ni. Nama dia! Tapi tak pelik sebenarnya… Ianya dah jadik kebiasaan. Walau apa jugak jenama yang dikeluarkan, ianya tetap dipanggil megi. Walau pun jenamanya Cintan, Indomie dan memacam lagik la, megi tetap nama panggilan manja bagi makanan kesukaan orang bujang ni. Sebenarnya nama megi ni diambil dari jenama Meggi yang pertama kali memperkenalkan mi segera ni kat pasaran Malaysia. Dicipta di Jepun dan diaplikasikan dengan jayanya di Malaysia dan keseluruh dunia.

Aku nak gi makan megi nih. Maklumlah… bukan tak der dwet nak gi makan kedai. Tapi dah larut malam. Dah malas nak turun dari rumah. So, megi jadik pilihan buat masa sekarang ni… Jom makan megi!

Bon apetite!

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
azdra-azdra berkata…
aku kalau mkn megi ker mee.. mesti pakai chopstick! even kat umah sekali pun..
Cahaya Azrin berkata…
wah!!!!!!!!!!!!...sye pon bk mkn meggi....sbb sye ken bujang ag...hahaah...sye sukew tomyam...hehehehe....
Ijann Hj. Marzuki berkata…
Fara > Eceh! Sama la plak!!!
Azrin > Megi cedap!!! Abang Ijann ske yang masak sampai kembang... Cepat kenyang. Hihihi...