Type Here to Get Search Results !

Makan² di Kenny Rogers…

22555_1247315037327_1662982374_586245_7810178_n

Muehehehe… Kerja makan sudah sampai. Aku, Lan, Shahrul, Sue dan Ijat dah pun bercadang nak ke Kenny Rogers Roasters (KRR) untuk menikmatinya. Bukan selalu Kenny Rogers buat cam nih. Beli satu dapat satu. So, apa lagik, kami pun serbu la ke Kenny Rogers Roasters kat Jalan Genting Kelang jap tadik…

Lebih kurang jam 6.30 petang, aku, Lan ngan Shahrul mula gerak dari GP ke KRR. Then rendezvous ngan Ijat dan Sue kat sana. Memula sampai tu, tengok orang ramai gilak. Siap beratur tu nak masuk. Huhuhuhu… Sumer pakai merah. Kitaorang pun sama. Sebab, peraturan nak dapatkan free meal tu, kena pakai baju merah. So, red shirt passed. Kena beratur jer la. Ada gak la tunggu 20 minit kitaorang kat situ menunggu giliran mendapatkan meja.

Kendian, bila dah dapat masuk, order dan order dan order… Sume dapat 1 meal free… Hehehe… Tapi disebabkan kami berlina, so, kitaorang beli 3 meal jer la. Free 3 meal. Derang berempat kira untung la. Makan 2 orang untuk bayaran 1 orang jer. Tapi aku bayar 1 orang dapat 2 meal. Aku lagi untung. Hahahaha… Sampai tak larat ko nak abeskan. Ketat dah perut ini… Kakakaka…

Perghhhh!!! Ketat siot perut aku. Mana tak nyer, makan ayam quater tu sampai dua. Hahahaha… Hambek ko! Nak sangat. Tapi bagus gak, sampai esok tak yah makan. Lalalalala…

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Cahaya Azrin berkata…
lalalaala...sye ngah diet...hahahaahahh
Ijann Hj. Marzuki berkata…
Semoga cepat slim. Ahaks! :p