Type Here to Get Search Results !

JQZ’s Cameron Highland Trip 2010 – End Part

banner copy

Post-Cameron Highland (4 January 2010)

Hari Isnin tu, aku tak kerja. Memang sengaja aku ambek cuti sebab aku tak mo lah jadi macam yang dedulu. Balik jer dari Cameron, Isnin terus kerja. Memang flat aku dibuatnya. So, kali ni aku dah prepare awal-awal dengan cuti. Boleh aku rehat kat rumah daripada perjalanan yang panjang semalam.

Tapi, jadual acara Cameron kitaorang masih lagi belum habis. Kiteorang dijadualkan untuk berjumpa semula di GP (Green Park) untuk kumpul semua gambar yang kitaorang ambek kat Cameron Highland hari tu. Biar semua orang dapat. Memang banyak giler gegambar yang di ambil. Dari kamera official jer dah ada 1012 keping gambar. Leya punya kamera 467 keping, Sue punya pulak 44 keping, Yan/Man lebih kurang 214 keping, Ijat nyer kamera 135 keping. Last but not least, aku nyer lebih kurang 109 keping. Tambah semua sekali lebih kurang 1981 keping. Giler banyak… Nasib baik Lan/Shahrul tak bawak kamera. Kalo dak, lagi bertambah…

Sebab semua sekali nak gambar-gambar dari kamera memasing, so malam ni memang malam khas kitaorang berkumpul untuk swap gegambar masing-masing. Biar semua puas hati. So, inilah aktiviti terakhir kitaorang untuk Trip ke Cameron Highland nih. Semoga kekal dalam memori sehingga bila-bila…

Tamat sudah aktiviti kitaorang. Memang best trip kali ni. Walaupun korum Jaquezee tak cukup, tapi dengan adanya ahli-ahli original Jaquezee, memang best sesangat. So, sesapa yang nak join trip yang akan datang, cecepatlah jadik ahli Jaquezee yer. Hehehehe…

Tunggu di trip yang akan datang. Daaaa… (^_^)/

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Cahaya Azrin berkata…
yeah!!!nnty nk g mnew plak???klu g pulau nk ikot...hehhhe...pulau sibu kt johor cm best...ceh2....tetibew jew bg idea...heeeeee
Ijann Hj. Marzuki berkata…
Boleh ajer. Tapi kena la join Jaquezee dulu! Heh heh heh heh!