Type Here to Get Search Results !

Sessi menutup komputer…

Hehehehe… Korang baca tajuk entry nih, mesti korang dah dapat agak apa yang aku nak tuliskan? Hehehehehe… Betullah tu. Aku sekarang ni, cukup rajin untuk menutup PC aku nih. Memang cukup rajin. Sebab aku dah tak mo PC ni meletopz macam minggu lepas lagik. Cukuplah sekali pengajaran yang dah aku dapat! Hehehe…

Walaupun, PC aku ni dah diequipped dengan begitu banyak kipas untuk prevent kepanasan (ditambah pulak dengan aircond dalam bilik), ianya memang tak menjanjikan PC aku sentiasa healthy dan nyaman. Meletop jugak ianya minggu lepas. Ada aku buat entry pasal menda nih ari tu. Lebur sudah duit poket ini untuk menggantikan power supply yang sudah hangit dan hangus. Tapi, nak buat cemana? Nak tak nak, aku kena gak ganti. Alhamdulillah tak der komponen lain yang short circuit dek bahana power supply yang meletop tempohari. Hahahaha…

Rasanya, PC aku ni, kalau boleh bercakap lah, sure aku ni dah kena lazer ngan mulut dia. Mana tak nyer. Seingat aku la, since aku built PC ni dari scratch, boleh aku kira ngan jari berapa kali aku tutup. Time aku tak tidur kat rumah ajer yang aku matikan. Time aku ada, PC aku nih kerja lebih masa. Hahahaha… Aku adalah tuan yang sungguh demanding! Kerja doplohpatjam tanpa henti. Maunya dia tak meletop. Baru puas hati! Hehehehe…

So, sekarang ni, aku dah jadik “baik” skek. Time aku nak tido malam jer, sure aku pn sama bagi PC ni tido. Aku gi kerja, dia still tutup. Cuma lepas aku balik kerja jer la dia masuk shift. Tu pun beberapa jam jer. Bagus gak. Tak lah poket aku ni rabak nak bayar dwet letrik lagi dah. Hihihi…

Tapi time tak der PC nih, susah gak aku. Tak der medium untuk aku meneruskan kerja-kerja kreatif aku. Nak mengharapkan netbook tu, tak leh sangat. Limited sangat dia punya function. So, nak tak nak, kenalah buat kerja kat PC utama ni. Huhuhu… Tertangguh jugak lah time power supply meletup ari tuh. La ni dah okay, sambung ngan kerja-kerja-kerja. Haha!

So, lepas habis jer aku buat posting, habis la shift PC ni bekerja. Aku nak tidur, dia pun nak tidur. Adios semua. Slamat malam! Daaaa…

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. PC pon mcm kita gak....diew meletup sbb tunjuk protes tau...dh la bekerja 24 hour...xdpt bonus....tu yg diew meletup...hahahahha...bgus btul PC tu...mnyedarkn tuan diew yg x sedar2 tu...hhuhuhhhu

    BalasPadam
  2. Baiklah penghuni gua. Kakakaka...

    BalasPadam