Type Here to Get Search Results !

PC aku dah revived!

Hehehe… Alhamdulillah. Selepas aku menukar power supply pc aku, barulah ianya boleh berfungsi macam biasa. Tapi, nak menukar power supply tu, terbang duit aku RM100. Mujurlah tak ada memana part yang rosak dek short circuit!

Kire semalam la aku gi ngan Ijat… ke Low Yatt nak mencari power supply aku tu. Pas abes jer kerja, aku terus bergegas balik rumah sebab dah berjanji dengan dia. Konon kul 6 petang nak jumpa kat GP, tapi sampai kul 6.10 petang gak. Marah si Ijat. Membebel dia kat aku! Haha… Jangan marah aaa Jat! Lambat sket jer sebab aku ambek detail power supply tu kat komputer. Kena bukak itu ini.

Dalam teksi, aku ngan Ijat memasing sibuk membukak GPS memasing. Dia kat Xpress Music dia, aku kat iPhone aku. Hahaha… Kunun nak tunjuk la mana program GPS yang lagik bagus; Garmin atau iGo. So, aku nyer la kalah sebab aku nyer GPS tak berapa complete. Hahahaha… Janji ada!

Pas habis kami pusing satu Low Yatt tu, pastu kami gi makan jap sebelum balik rumah memasing. Malas la nak tunggu lelama. Aku pun  tak sabar nak pasang power supply tu kat pc. Jenuh nak berfacebook kat iPhone nih!. Lambat… Hehehehe…

Sampai jer kat rumah, terus aku pasang. Time aku on jer, tetengok tak mau gak idop. Adesss… Ni mesti fius pun terbakar nih. Sebab kipas satu pun tak maw berpusing. Terpaksalah aku tunggu sehari lagi sampai la hari ni. Terus aku beli plug kat kedai nak replacekan plug yang dah terbakar fiusnya! Huhuhu… Resultnya; tadaaa… aku dah pun boleh menghidupkan pc seterusnya meng”rivive”kan balik blog aku nih! Hahaha… Besh! (^_^)v

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Cahaya Azrin berkata…
yeah!!!!tu sumew berkat doa sye tau..hahahahahaha....)sukew2 jew)
Ijann Hj. Marzuki berkata…
Ditambah dengan usaha Abang Ijann. Bukan cam orang tu, suka bila barang Abang Ijann rosak. Haha!!! :p