Type Here to Get Search Results !

Selesema babi punya pasal, aku yang teruk!

Celako punya babi. Ko gi la membabikan diri ko kat Amerika sana tu senyap². Yang ko datang kat sini wat pe? Menyusahkan aku jer. Tak pasal² aku hari ni kena screen semua pelawat kat hospital. Huhuhu… Dah la penat. Panas pulak tuh!…

Ikutkan hati yang panas dan sakit ati nih, nak jer aku tinggalkan kerja² screening pelawat kat hospital ni. Padahal bukan kerja aku tuh. Kalo la tak masuk dalam KRA atau SPA aku, nanti aku pulak yang membabi kat hospital. Tak pasal²… Hahahahaha…

Sorrylah korang terpaksa mendengar rungutan aku nih. Bukan apa, dah la aku tengah banyak kerja nih, berlambak kerja yang masih lagi bertimbun atas meja aku tu, tetiba tengahari tadik, aku telah diarahkan oleh Finance Manager untuk mengambil bahagian dalam screening selesema babi (tak ada masanya aku nak panggil selesema h1a1 la… flu a kepejadah…). Nak tak nak, terpaksalah aku pergi. Siap duty roster lagik derang buat, dan aku ditempatkan pada hari Selasa… Esok la tuh.

So, sesapa yang kena menjalani screening pelawat nih, kena la pakai mask macam dalam gambar aku kat atas tuh, pakai apron surgical, pakai latex glove dan pakai serkop kepala. Mak aih, panas nak mampos! Dah la kena kat luar… Kalo kat dalam tak per la jugak, ada aircond. Tapi bahaya pulak kalau kami buat kat luar. Tak pasal², kalau ada yang betul kena selesema babi tu datang kat hospital, tak ke naya satu hospital.

Ingatkan, aku akan bertugas untuk buat screening esok, tapi disebabkan hari ni hari pertama, keadaan agak kucar-kacir sedikit. Kaki tangan screening pulak tak cukup. Kena la aku membantu skek mana yang perlu. So, nak tak ndak, kena la sarung apron dan segala macam kelengkapan untuk buat screening tu. Dah jadik macam doktor bedah pulak aku nih…

Hahahaha… Bila tengok gambo tuh, kelako pun ada. Pakai sarung jer semua yang ada. Dengan jeket aku, dengan neck tie aku, semua tak sempat nak bukak sebab waktu tu orang ramai yang datang. Nak tak nak kena la ikut jugak prosedur… Ikutkan, pakai mask jer dah cukup jer bagik aku! Hehu…

Tepat jer jam 4.30 petang, aku beredar dari situ. Tak sanggup lagik aku berpanas kat luar tuh. Lagi pun, hari ni bukan hari aku pun. Esok hari sebenar aku kena screen pelawat² yang datang. So, ari nih, balik jer la. Malas nak tunggu. Tapi esok pulak, kena aku tunggu sampai pukul 6, baru boleh balik. Leceh betullah!!!

Hmmm… Esok la aku report lagik, apa yang terjadik! Papai!

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
atux_pdoih berkata…
jgn salah kan babi...kerna dia hanya la babi