18 Januari, 2023

Wordless Wednesday.

| No comment


Salam.


Jumpa lagi kita hari ni kan?
Sihat ke tu ngkorang?
Harapnya sihat la ye.


So, nak bercerita apa hari ni?
Aku pun tak de benda sangat nak share hari ni.
Sebab tu aku boh tajuk posting ni cenggitu.


Ntah la.
Semenjak 2 menjak ni...
badan rasa penat sangat.
Banyak nau kot menda nak pikir.
Kat opis pikir hal lain.
Kat rumah pikir hal lain.
Dalam tido pun tah-tah pikir benda lain gak.
Nasib baiklah mimpi tak boleh nak ingat.


Tetambah pulak since 2 minggu lepas...
aku start berjalan kaki gi keje.
Walaupun rumah ke tempat kerja,
tak la jauh nau.
Lebih kurang dalam 1.3 kilometer je.
So, pergi balik 2.6 kilometer.
Tu pun berpeluh siak.
Sampai opis lencun.


Saja je aku berjalan gi keje.
Badan dah berat.
Nak kata apa?
At least ada la exercise sikit.
Hahahaha.
Nak gi gym, malas nau rasanya.
Ikut plan, setat bulan depan nak masuk balik.
Plan je la.
Ikutnya tak tau la.
InsyaAllah.


Anyway...
aku tak tau dah nak post apa lagi.
Setakat ni je la dulu.
Aku pun baru sampai office.
Oncall minggu ni.
Sebab tu masuk lambat.
Dah la panas kat luar tu masa datang lagi.
Ha kau!
Berkicap sampai office.


Okay.
Esok la pulak ya.
Aku dah tau nak post pasal apa.
So, tunggu esok je la ye.
Hiks.


Salam.
(^_^)/


Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog