09 Januari, 2023

TBR : Final Fantasy XVI.

| No comment


Well...
Dah confirm Final Fantasy XVI...
akan direlease pertengahan tahun 2023.
So, ada 5 bulan lebih lagi untuk prepare...
sediakan duit bagai untuk beli game ni.
Sama ada download terus dari PSN,
atau pergi kedai beli CD game ni.
Tapi bagi aku...
Rasanya aku beli terus dari PSN kot.
Malas nak keluar cari CD game.

So, apa yang kita tau pasal FFXVI ni?
Ini ialah numbered Final Fantasy yang ke 16.
Mengikuti konsep battle FFXV sebelum ini...
iaitu action-based, bukan lagi turn based.
Membabitkan serangan malee, magik dan penyeruan.
Terdapat juga elemen fitur seperti sebelum ini,
sepertu Chocobo, makhluk seruan yang dipanggil Eikon...
ada juga Moogle yang mana pada mulanya dikatakan tiada,
dan juga karektor Cid.

Intisari jalan ceritanya adalah seperti berikut:

Final Fantasy XVI is set on Valisthea, a world divided between six nations who hold power through access to magical Crystals and Dominants, humans who act as hosts for each nation's Eikon. Tensions between the nations escalate as a malady dubbed the Blight begins consuming the land. Clive Rosfield, guardian to his younger brother Joshua, witnesses his kingdom destroyed and goes on a revenge quest in pursuit of the dark Eikon Ifrit.

Aku malas sebenarnya nak taip.
Tu aku quote tu.
Lol.

Protagonis untuk game ni bernama Clive Rosfield.
Anak pertama dari kerajaan Rosaria..
yang mana telah melepaskan tugas sebagai pengganti raja,
kepada adiknya Joshua yang merupakan dominan Pheonix.
Walaupun Clive bukan seorang dominan...
Clive boleh menggunakan pelbagai kuasa Eikon,
semasa di dalam pertempuran.

Selain dari Clive,
beberapa karektor utama yang lain,
yang juga akan menjadi teman perjalanan Clive,
adalah seperti...
Jill - kawan sepermainan, juga dominan Shiva,
Cidolfus Telamon - Seorang dominan Ramuh.
dan seekor anjing bernama Torgal.

Masih banyak lagi yang belum diketahui tentang game ni.
Cuma apa yang diketahui adalah daripada trailer....
maklumat daripada website utama...
dan juga temuramah daripada pembikin game ini.
Jadi dari itu,
terpaksalah kita tunggu sehingga game ini direlase kelak.
Iaitu pada bulan 22 Jun, 2023.

Bila dah release nanti,
dan habis aku main FFXVI ni...
aku akan reviu dan bagi skor.
Jadi tunggu nanti ya.

(^_^)/
Tags : , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog