01 Januari, 2023

Selamat tahun baru 2023.

| No comment

 


Sekali lagi tahun baru datang menggantikan tahun yang sebelumnya. 
Dengan tahun baru, datang jugalah dengan azam yang baru.
Tapi orang cakap azam tahun baru ni macam perahu...
Selalunya ke laut.
Hahahaha...


Macam-macam azam dipasang yang kononnya untuk pembaikan diri.
Tapi sampai mana azam tu dapat bertahan?
Entahlah.
Sama la macam aku.
Punya banyak pasang azam.
Paling lama pun bertahan dua bulan je.
Sebelum kembali ke kebiasaan lama.


Salah satu azam yang aku pasang, yang ni la.
Nak aktifkan blog (katanya).
Dari tahun lepas... tahun sebelumnya... tahun sebelum Covid.
Semua sama.
Lepas tu malas dah nak update.
Dalam hati dah berkobar-kobar nak update.
Tapi bila sampai masanya, dah bukak pc bagai... malas.
Esoklah.
Bila dah sampai esok, esok lagi.
Pusing-pusing macam tu sampailah Abang Jamil mampos.
Hahaha... (gelak nervous).


Anyway...
Since hari ni hari pertama 2023...
Aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2023".
Moga tahun ni akan memberikan lebih sinar kepada kita semua.
Aku tahu, 2022 adalah tahun yang sukar bagi sesetengah.
Losing parents, losing lovers, losing jobs...
Things that make us and break us.
Tapi langit tak selalunya gelap, tak selalunya terang.
Semuanya dirancang dengan sempurna dari Allah.


InsyaAllah.


Dah! Tak tau dah aku nak tulis apa lagi.
Kita jumpa lagi dalam post yang akan datang.
Bila?
Tengoklah nanti.
Lol.

Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog