08 Januari, 2023

Playstation 5.

| No comment

 


Sebagai fanboy Sony,
rasanya tak akan puas hati kalau tak de PlayStation, kan?
Since aku peminat tegar konsol ni...
rasanya macam wajib kena ada.


Aku masih lagi simpan,
konsol-konsol PlayStation dari dulu.
Dan semuanya masih lagi berfungsi.
Original PlayStation,
PlayStation 2,
PlayStation 3,
PlayStation Portable,
PlayStation 4,
dan yang terbaru PlayStation 5.


Sebenarnya dah lama dah aku beli PS5 ni.
April 2022 lepas.
Tapi sekarang baru nak cerita, kan?
Time beli dulu pun, PKP dah mula dilonggarkan.
So, boleh la keluar gi ambik kat Sony.
Punyalah susah nak dapat.
Berbulan jugak la tunggu lepas preorder.
Proses nak preorder pulak jangan la cerita.
Perit!


Semua gara-gara susah nak dapatkan stock.
Yelah, dunia tengan mengalami kekurangan cip kattanya.
Waktu tu la.
Tapi berita bebaru ni, Sony cakap...
Production dah meningkat.
So, dah boleh beli kat butik dia secara walk in.
Tapi kat Malaysia ni tak tahulah.







Aku beli versi yang ada Bluray drive.
Terpikir jugak nak beli yang digital punya.
Murah la sikit.
Tapi lepas habis fikir, baik beli versi yang ni je.
Future proof gitu.
So, tak de masalah kalau nak beli game...
dari PSN, or yang dijual dengan disk.

Aku sebenarnya tak berapa fokus lagi,
main game dengan PS5 ni.
Since game yang aku main sekarang ni...
masih lagi dalam PS4.
Tapi aku adalah try install few games,
kat PS5 macam FFXIV ngan Stray.
Everything is good so far macam yang di advertise.
Super fast kalau loading game.

Apa pun, my dream to have PS5 dah tercapai.
So tak de la lagi telan air liur...
bila tengok orang lain tengah berseronok main PS5.
Apa yang penting...
bulan 6 nanti, new FF game akan keluar.
Final Fantasy XVI.

So, boleh dikatakan...
aku beli PlayStation ni hanya disebabkan...
aku nak main game Final Fantasy je.
Dari era PS2 dulu lagi.
Bukan sebab nak main game lain.
Kelakar kan?
Hahahaha.

(^_^)/


Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog