14 Januari, 2023

Help! Apa nak pakai untuk Dinner eh?

| No comment

Salam!
Aku dah tak de idea,
nak pakai apa untuk dinner hospital nanti.
Dah la dinner bertema-tema pulak tu.
Tak boleh ke dinner bebiasa je?
Pakai je apa yang orang nak pakai.


Sebenarnya boleh je pakai apa-apa.
Tapi macam tak best la kan...
kalau dinner pakai baju biasa je.
Bukan selalu pun.
Nak kata setahun sekali, tak jugak.
Dua tahun sekali pun... susah.
So bila ada dinner ni,
nak la melaram jugak ye dak?
Ingat pempuan je?
Hahahahaha...


Untuk dinner kali ni,
organizer buat tema, "Crazy Rich XXian".
Sorry terpaksa censored sikit kat situ.
Takut Google tag kat search engine pulak.
Kahs.
Anyway, pasal tema tu...
ramai gak staff sini tak berapa nak setuju.
Sebab tema kat situ pun macam... eh!


Mana taknya, waktu orang tengah sengkek kot ni.
Nak pulak tema lush posh gitu.
Tambah pulak tak dapat vitamin b.
Semua macam sighing gitu.
Termasuklah aku.
So, jokingly ramai yang kata nak pakai...
baju pagoda dengan seluar pendek je.
Ye lah. Ramai tau kot orang kaya...
slalu pakai gitu irl.
Tapi duit berkepuk.
Hahahaha...
Boleh?


Anyway, aku pun still tak tau lagi nak pakai apa.
Dok gak bukak Shopee...
tengok kalau-kalau ada baju yang aku berkenan.
Tapi still no luck.
Tarikh dinner dah dekat dah ni.
10 February je.
Haih! Pening.


-_-


Pape nanti aku update balik.
Later.



p/s: Nak pakai macam yang atas ni boleh dak?

Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Instagram Terkini

Arkib Blog