04 Januari, 2021

Hujan oh hujan.

| No comment

 


Dua tiga hari ni, hujan memang rajin turun. Memang dah musim dia, macam tahun-tahun lepas. Cuma semalam hujan turun agak lama dan lebat dari biasa.

Sepanjang perjalanan pulang ke KL dari Tanjung Rambutan, hujan tak berhenti turun. Kebanyakan kereta-kereta yang menggunakan lebuhraya Utara-Selatan bawa kereta agak perlahan. Rata-rata kesemuanya membawa kereta lebih kurang 75 km/j. Memang tak laju dari hari biasa yang panas terik. Dan alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu, tak ada satu kereta pun yang terlibat dalam kemalangan.

Keadaan suhu pun jatuh agak rendah malam tadi. Lebih kurang 21-23°C. Sedap jugak la tido malam tadi. Tak payah pasang kipas laju-laju macam biasa yang panas berdenting.

Pagi ni pun sama macam semalam jugak. Cuma tak hujan macam semalam. Sejuk pun sejuk. Tapi tak de la sampai nak pakai winter coat pulak. XD

Semalam memang kecoh jugak la kat socmed pasal hujan yang agak lama di seluruh Malaysia ni yang mengakibatkan banyak tempat dinaiki air macam di Kuantan, Johor Bahru dan sesetengah tempat di Terengganu. Ada jugak kisah tanah runtuh dan air sungai yang melimpah sampai jalan raya dan lebuhraya terpaksa ditutup.

Apa pun, hati-hatilah korang dalam musim hujan macam sekarang ni. Malang tak berbau.

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog