04 Januari, 2021

Aku kena pau.

| No comment

Sekonyong-konyongnya, lepas aku sampai kampung tempohari, duduk je kat ruang tamu, mak tunjuk aku something kat tv. Aku ingatkan apalah. Rupa-rupanya dia berkenan dengan something yang tengah ditunjukkan kat kaca tv waktu tu.
Essential Cookware Collection Chef Wan. Hahahaha. Aku macam nak tergelak jugak time tu sebab jarang mak aku nak melayan Go Shop kat Astro tu. Mungkin dia tengok harga kat situ murah kot. Around RM169 gitu. Pot pet pot pet mulut dia cakap dia teringin nak kuali macam tu.

Aku tak cakap apa, terus je la aku ambek nombor phone yang ada kat tv tu and then terus aku call. Pup pap pup pap, dah siap aku beli. Bagi alamat, nombor phone bagai, then aku cakap mak aku tunggu dia hantar ke rumah nanti.

Masa aku call tu, sempat jugak la aku pasang speaker phone tu biar dia dengar. Katanya dia nak call sendiri, tapi lepas dia dengar aku cakap ngan operator tu, dia dah geleng kepala. Susah katanya nak beli dari tv ni rupanya. Tunggu ko balik je la apa-apa nanti, katanya.

Hahahahaha.

Oh! By the way, hari ni barang tu sampai kat rumah. Seronok agaknya mak bila dapat kuali idaman dia tu. Al-maklumlah, koleksi Chef Wan katanya. Lol.


p/s: Enjoy mak! Love you.
Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog