05 Februari, 2020

Lama tak bersua, kan?

| No comment
Salam...

Lama betul berhenti menulis. Agak-agak dah 4 tahun aku tinggalkan blog ni sebab dah tak ada apa yang menarik untuk ditulis. Sekarang pun dah masuk tahun 2020. Umur pun dah lanjut. 42 tahun dah. Still single. Tak de jodoh. Masih lagi menyendiri. Haha.

Anyway. How are you guys? Baik? Tak? Moga-moga baik la ye. Aku pun tak tau la, aku beria tanya, tah ada yang baca ke tak tah? Orang bukannya baca blog lagi sekarang ni. Semua sibuk baca status socmed kan? Twitter la, Facebook la. Tengok Tik Tok la. Sapa lagi yang luangkan masa nak baca teks pepanjang macam dalam blog ni lagi kan? Macam dah ketinggalan zaman je.


So, dah February 2020 dah pun sekarang. Dah sebulan lebih melangkah ke dekad baru. 2020 ni, sinonim dengan kereta terbang (yang tah bila nak muncul) dan Wawasan 2020 (yang gagal). Kengkonon nak jadikan Malaysia negara maju, padahal hampeh. Tak payah la nak hurai kenapa semua tu tak berlaku. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri kenapa.

Tapi apa yang penting tahun 2020 ni, semestinya masih dapat meneruskan hidup seperti biasa. Walaupun tak sesenang dulu, tapi alhamdulillah, semuanya mampu berjalan lancar. Ada yang dapat diperbaiki, ada yang masih sama. Dan ada jugak yang mengundur ke belakang. Moga dapat diperbaiki mana-mana yang ketinggalan tu. Insya Allah.

4 tahun kebelakangan ni, banyak yang berlaku pada diri sendiri. 3 tahun lepas pula, ada kejadian yang hampir-hampir menamatkan nyawa. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk memperbaiki diri, masih memberi peluang kedua untuk menebus kesalahan lama.

Aku masih lagi terfikir samada aku perlu meneruskan untuk menulis dalam blog ni macam dulu atau tak. Banyak perkara dalam hidup kebelakangan ni yang membuatkan aku rasa kosong dan kering. Rasa macam nak light up again semua benda yang pernah aku buat dulu. Rasa hidup semula. Tapi tak tahulah. Bila dah tua-tua ni, kadang-kadang rasa malas tu memang dah jadi kebiasaan. Duduk saja tanpa buat apa-apa, atau pun habiskan masa menghabiskan menonton video kucing di Youtube. Cuma kadang-kadang, bila dah selalu sangat buat semua tu, rutin yang sama menjadikan aku bosan.

Okaylah. Malas dah nak sambung. Aku pun tak de idea nak tulis apa. Nanti-nanti aku sambung lagi. Tu pun kalau aku rajin la. Hahahaha.
Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog