08 September, 2016

PlayStation Meeting 2016

| No comment

Dubbed as the worse kept secret project..

by Sony, finally they announced it…

over PlayStation Meeting 2016.

 

sony-ps4-slim-neo-2016-1858.0

 

Dalam PlayStation Meeting 2016…

yang berlangsung pagi tadi,

(3 pagi waktu Malaysia)

Sony reveal 2 konsol terbaru derang,

iaitu PS4 Slim dan PS4 Pro,

dalam event yang berlangsung selama…

45 minit (cepat nak mampos).

 

1473278676_screenshot_(49)_story

 

Jadi harga dan tarikah availability…

untuk setiap peranti yang derang…

dedahkan tu, ada tertera seperti…

gambar kat atas tu.

Bagi aku harga dia agak berpatutan la.

Lebih murah kalau nak dibandingkan…

dengan PS3 waktu memula dulu.

 

PS4 Slim

 

ps4_slim-2

 

PS4 Slim ni lebih kurang sama…

dengan PS4 Original.

Cuma saiznya dah 30% dikurangkan.

Hadir dalam kemasan matte dengan…

ketiadaan port optical audio di belakang.

Dikatakan lebih senyap dengan kipas…

yang telah dikemaskini.

Selain tu, berat dia 25% lebih ringan dari…

PS4 Original.

Kuasa pun 34% lebih efisyen.

Lagi?

Tak ada lagi dah.

Tu je untuk PlayStation 4 Slim.

Hanya kosmetik appearance je.

Dalaman semua lebih kurang sama…

dengan yang original.

 

PS4 Pro

 

Screen_Shot_2016-09-07_at_3.48.09_PM.0.0

 

Highlight untuk PlayStation Meeting 2016…

ni sudah tentulah PlayStation 4 Pro,

PS4 Pro ni menyokong 4K gaming…

dan HDR (High Dynamic Range).

Dengan adanya 2 menda ni…

grafik PS4 nampak lebih “rich & detail”…

semuanya dapat dicapai dengan…

GPU dan CPU baru yang ada dalam PS4 Pro.

 

4K – grafik lebih tajam dan detail.

HDR – visual lebih kurang sama dengan dunia nyata.

 

Walaupun pemilik PS4 Pro…

hanya ada HDTV,

semua game yang run di dalamnya…

akan mempunyai resolusi 1080p,

dan ada separuhnya akan run dengan…

framerate yang lebih stabil.

 

Rumusan

 

Rata-rata, gamer kat Malaysia ni…

masih belum ramai yang adopt 4K TV…

ataupun masih lagi guna HDTV.

Jadi untuk bertukar ke sistem 4K yang…

masih lagi mahal di pasaran,

mungkin akan memakan masa.

 

Jadi.

PS4 Pro yang menyokong 4K grafik,

rasanya mungkin tak diperlukan buat…

masa terdekat ni.

Sebab apa?

Grafik HD masih lagi cantik kalau dilihat…

dengan mata kasar untuk sekarang.

Game-game di PS4 Pro masih lagi boleh…

dimainkan di PS4 Original.

Jadi rasanya orang akan fikir 2 kali…

untuk tukar ke konsol yang baru.

Kecuali mereka yang nakkan…

device yang futureproof.

 

Dari segi design-wise,

frankly, aku lebih suka dengan design…

PS4 Original dengan sharp edges,

light strip kat tengah-tengah konsol…

dan jugak glossy finish.

Bagi aku, design lama masih lagi seksi…

dan nampak ekslusif.

 

06038892-photo-console-sony-playstation-4

 

So?

Korang cemana?

Suka dengan PS4 Slim dan Pro…

yang baru ni?

Aku so-so je.

Nak kata eksaited sangat,

tak pun.

Aku lebih eksaited dengan PS VR.

Memang aku dapatkan bila kluar nanti.

Hiks.

 

p/s: Tepuk dada, tanya selera.

p/s/s: Controller baru, tak tunjuk ke?

Tags : , , , , , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog