11 Ogos, 2016

Windows 10: Anniversary Update

| No comment

Salam… ^^

 

Smalam…

dalam bebusan tak buat apa kat rumah,

try la menghapdet Windows 10,

Anniversary Update.

 

Ambik masa lama jugak la…

nak mendonlot updates files tu.

Percentage dia nak complete tu…

masyaAllah!

Lama nak mampos.

Tapi nasib baik la connection…

kat rumah tu, boleh tahan gak lajunya.

Boleh tahan la.

 

So, apa yang baru kat update ni?

There are a lot.

Update ni adalah yang paling besar…

since MS releasekan Windows 10.

So ada la perubahan ketara yang boleh…

dilihat secara kosmetiknya.

 

win10annup

 

1. Login screen & Start button

Login screen lama memang cantik.

Tapi yang baru ni, lebih kurang sama…

cuma lebih animated.

Start button pulak ada perubahan ketara.

Overhaul habis.

Dari susun atur program…

power, user profile dan banyak lagi.

Yang lain masih sama macam yang lama.

Program ngan app baru…

automatik akan ditunjuk dalam…

start menu ni.

 

windows-10-au-start-menu-100674753-orig

 

2. Connect

Apps terbaru yang MS perkenalkan…

dalam updates ni.

Basically, dia boleh mirror dan connect…

telefon pintar (IOS tak disupport) ke skrin.

Mudah bila nak buat presentation.

Yang pakai Windows 10 Mobile tu…

lagi senang nak connect.

 

3. Xbox Play Anywhere

Satu ciri killer untuk windows 10.

Untuk gamer X-Box sebenarnya…

yang mana derang boleh beli game…

sekali dan main di pc maupun di XBox.

Lengkap dengan simpanan data permainan…

secara cloud.

 

4. Cortana

Cortana dah jadi semakin bijak.

Sekarang dia boleh akses ke lebih banyak…

apps macam kalender, outlook dan office.

Lebih mudah faham apa yang kita kata.

Dan sekarang boleh diakses dari lockscreen.

Juga semakin mudah diguna di Windows 10 Mobile…

Maklumlah Cortana sekarang…

dah ada di Android dan iOS.

so macam-macam fungsi boleh diguna…

untuk smartphone ni.

 

5. Tema Gelap

Ada tema baru.

Dark Theme derang bagi nama.

Seperti nama yang disebut…

tema ni gelap je.

 

windows-10-ua-dark-theme-100655168-orig

 

Sebenarnya ada banyak lagi…

ciri baru yang ada dalam update ni.

Kalau aku bagitau semua,

macam boring pulak.

Aku amek mana je yang penting.

But kalau korang nak tau lagi…

apa yang ada dalam update ni,

cuba korang klik ni: PC World

 

Bagi sesapa yang nak update tu,

semoga bertahanlah.

lama kot dia download fail dari internet.

Gi la masak kek ke apa ke…

sementara nak install update tu.

 

Bagi aku, aku memang penggemar…

Windows 10.

Aku rasa Windows 10 ni antara yang terbaik.

Aku suka gak pakai XP ngan 7,

but bagi aku Windows 10 ni yang paling best.

Aku tak tau la ngan korang.

(Walaupun ramai yang pakai Mac)

 

Okaylah.

Sampai sini je.

Later nah!

 

^^

 

p/s: Tak brape pandai nak pakai Mac

Tags : , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog