01 Ogos, 2016

Hidangan sepanjang raya

| No comment
Salam.

Slamat hari Isnin.
Ramai yang Monday Blues hari ni dok?
Aku pun sama.
Tak terkecuali.

Anyway...
Hari Raya dah nak sampai ke penghujungnya.
Dah nak melabuhkan tirai untuk tahun 2016 ni.
Jadi sepanjang sebulan Syawal ni...
sah-sah ramai yang buat open house kan?
Ramai la yang berbondong-bondong...
gi beraya dengan baju raya bagai.

As for me,
aku tak de la buat open house sangat.
Tak raya sangat tahun ni kan?
Kena keje.
Tapi aku just buat makan-makan kalo...
ada yang nak datang beraya.
So masak la something untuk derang.
Ada gak pikir nak buat open house.
Tapi macam maleh lak.
So, sapa nak datang aku masak.
Bila dah masak tu, banyak la pulak.
So aku extend dengan menjemput...
kalo sesapa yang nak datang.
Alhamdulillah...
benda yang dimasak pun habis.

Kalo nak diikutkan...
aku ni tak de la pandai nau nak masak bagai.
Setakat... boleh la.
Janji ada rasa udah.
Sedap ke idak, belakang cerita.
LOL.

Okay...
Nak tunjuk amenda yang aku masak...
sepanjang Syawal ni.
Hahaha...
Mampoo buat entry macam ni?


Untuk hari raya pertama ni...
gigih aku masak ketupat, rendang...
ayam goreng special dengan lontong.
Lemang pulak aku beli je.
RM14 je sebatang kat depan masjid tu.

Yelah.
Nak gak rasa suasana hari raya...
walaupun kena keje hari tu.
Jadi, lepas balik dari keje...
hidanglah atas meja.
Kot-kot ada orang nak datang.
(Nasib baik ada orang datang,
kalo dak, makan sendiri je la. LOL!)


Thanks to my fav bro...
yang datang beraya ngan family.
Kebetulah tahun ni dia ngan family...
beraya di KL.
So, pepagi tu, dah datang raya,
satu keluarga.
Nasib baik ada menda nak dihidang.
Kikiki...


Hari minggu raya tu...
aku buat mee sup.
Sebab ada yang nak datang beraya.
So, sebab lemang, ketupatt ngan rendang...
semua dah habis, jadik buatlah alternatif lain.
Gegodek peti ais, ada bahan lebih...
time buat juada raya ritu.
So, jadilah mee sup.
Sedap ke tah? Aku pon tak tau.
Tapi habis gak. Kikikiki...


Untuk minggu ke dua raya,
aku buat laksa pulak.
First time buat laksa ni.
Gigih beli ikan bagai nak buatnya.
Sebenornya, aku memang tak pernah masak...
laksa sebelum ni.
Jadi aku gamble je buat laksa tu.
Ok la menjadi, cuma cair sikit.
Kena boh bahan lebih kot.
Nasib baik habis... Hahahaha...


Okay...
yang ni penutup untuk so-called...
open house kat rumah ni.
Kali ni aku buat mee kari pulak,
ngan sandwich bakar.
Ramai gak la yang datang...
Licin gak mee kari yang aku buat.
Kikikiki.


Antara yang datang semalam tu...
Awan, Ujenn, Eiff, Sahir...
Yus & co, Anas,
Ery, Acap ngan Amie.
Thanks for coming dears.
^^

Okay.
So lepas ni, kalo nak buat makan-makan...
kita buat barbeque pulak nah. Hahahaha...
Tapi entah bila lak.

Raya dah habis dah wei!

p/s: Tunggu setahun lagi, Baru leh raya kat kampung lak.
Tags : , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog