28 Julai, 2016

Penghuni baru

| 2 Comments
Salam.

Ada penghuni baru dalam rumah.
Seekor kucing bengal betina...
yang baru melahirkan 4 ekor anak.

Masih belum ada nama untuk anak-anak...
yang baru lahir tu.

Tapi, yang siibu dah ada nama gamaknya.
Achik yang bagi nama...
dan lekat sampai sekarang lepas banyak kali...
cubaan memberi nama.
Jadi sikucing bengal ni namanya ialah;
Mawar (berkuku).
Hahahaha...


Sebenarnya...
lepas Bunny dan Buddy hilang,
aku dah macam malas nak bela lagi.
Tambahan pulak Zuzuk ada bela hamster.
So, rasa macam susah la pulak...
kalo nak bela kucing baru.

Even tempat makan/minum,
carrier dan memenda lain...
aku dah donate kepada adik aku...
yang dah mula bela kucing kat Jerantut.
Tapi bila housemate Zuzuk kata nak adopt...
kucing yang ada kat Putrajaya,
aku okay je.
Sebenarnya aku yang excited lebih.
Hahahaha...

Kat mana tah Zuzuk adopt?
Yang aku tau, dia amek kat Putrajaya.
Gila jauh kau.
Hahaha...


Rasanya Si Mawar ni,
pernah orang bela kot?
Sebab agak manja bila bawak balik.
Tempat berak pon kat pasir je.
Tak berak merata.
Makan pon macam memilih je.

Bagus gak kalo memang pandai cenggitu.
Tak susah nak ajar kat mana nak berak...
or susah-susah nak angkat masuk bilik air.
Jumpa je pasir tpt berak dia...
beres!

Okay...
tadi ada cakap yang Mawar ni...
baru je lepas beranak kan?
Ada empat ekor anak-anak dia.


Still sampai sekarang tak de nama...
untuk semua anak kucing ni.
Sebab time ni, semua nampak sama je.
Tunggu dah besar sikit kot baru boleh bagi.
Kengkonon nak bagi nama ikut...
character Star Trek;
Kirk, Spock, Sulu ngan Bones.
Even mak dia pun aku nak boh nama Uhura.
Tapi sebab dah panggil Mawar...
lupakan yang lain.
Hahahaha...

Okaylah.
Tunggu la 4 ekor ni besar...
aku buat entry lagi.
Tengok perkembangan derang cemana,

Laytah.

p/s: Ada cadangan untuk nama anak kucing ni?
Tags : , , , , ,

2 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog