15 Ogos, 2015

Hilang 2.

| 1 Comment

Salam…

 

Apa khabarlah agaknya semua.

Sihatlah hendaknya.

Rindu pulak nak berceloteh dalam ni.

Berbulan rasanya berhenti menulis.

Tak ada idea dan masa sebenarnya.

 

Even sekarang pun tak tahu nak tulis apa.

Tapi tangan ni, gatal nak menaip.

 

Aku rasa macam dari 2014 dah berenti.

Eh…

Tak. Since bulan Mac hari tu.

Semenjak Bunny hilang.

Since that time, rasa nak tulis blog…

hilang macam tu je.

Then 2 minggu lepas…

Buddy pulak hilang.

Berjuraian air mata keluar.

Sedih tak terkira.

 

Nak tumpang! 

Perkara yang aku sayang,

selalu menghilangkan diri dari aku.

 

Termasuklah seseorang itu.

 

Since then, otak macam bercelaru.

Buat itu ini tak kena.

Perangai jadi tak serupa manusia.

Perhubungan antara sesama jadi teruk.

I know because I’ve been told.

Teruk juga penangan hilang sesuatu…

yang aku sayang ni.

Selalu aku baca je.

But bila jadi kat diri sendiri…

baru la tau cemana.

 

Kengkadang susah gak nak contain,

rasa kecewa.

Dok dalam bilik perati siling.

Tengok kipas.

Bukak tv tapi biar bercakap sorang.

Try nak pejam mata tapi tak nak lelap.

Lama-lama meleleh air mata.

Kengkadang rasa bodoh gak.

Emo tak bertempat.

 

Tapi mungkin sebab dah lama…

rasa kecewa tu berlalu.

Aku cuba gak perbaiki diri.

Cuba senyum, cuba bergurau.

Walaupun nampak fake,

tapi tu je yang mampu aku buat.

At least.

 

Mungkin aku perlu let go…

Walaupun tak mudah, tapi kena juga.

Teruskan hidup macam dahulu.

Jumpa orang baru.

Cari kenalan baru.

Mana tahu? Ada pengganti.

Walaupun tak sebaik yang aku jumpa.

Mungkin lama-lama aku sedar…

kaca tu sebenarnya intan.

Aku bukannya boleh tengok masa depan.

Tapi cuba yang terbaik.

Kan?

 

Sayang itu masih ada.

Kasih itu masih kekal.

CInta itu mungkin dah wujud.

Tapi kalau jodoh Tuhan kata tidak…

Selamat tinggal saja la pengakhirnya.

Siapa yang tak sedih?

Berduka itu pasti.

Cemburu jangan kata.

Rindu membuak-buak.

Tapi mungkin setakat ini.

Aku terpaksa melupakan.

Biar masa je yang tentukan sampai bila…

aku boleh berpegang pada janji…

yang sudah tak bermakna.

Masanya dah sampai.

Aku kena akur.

 

Bukan aku yang meninggalkan.

Tapi aku yang ditinggalkan.

Sekali lagi.

 

^^,

 

Buddy 

2 minggu yang lalu,

Buddy sibuk nak tidur kat peha aku.

Pantang nampak duduk bersila.

Ketika itu jugak dia berlari naik ke peha.

Amat manja lebih dari biasa.

Masih lagi terngiang bunyi loceng…

dekat leher dia tu,

 

Tapi pagi esoknya…

Tak lagi aku dengar bunyi loceng.

Tak lagi dengar bunyi mengiau depan pintu.

Aku fikir Buddy tidur.

Tapi lepas pusing satu rumah.

Tak nampak langsung bayang dia.

Hati jadi berdebar.

Langsung terus aku keluar rumah…

Manalah tau kalau dia terlepas.

 

Tapi tak ada bayang.

Jenuh dah aku pusing satu kawasan rumah.

Hampir 4 pagi baru pulang.

Tak jugak berjumpa.

Mata dah membengkak sebab menangis.

Hati dah berteriak…

 

Buddy kat luar sana.

Mungkin dia kesejukan.

Dia lapar.

Dia dahaga.

Ketakutan.

 

Patutlah malam tu manjanya lebih.

Rupanya Buddy nak tinggalkan Daddy.

Buddy dah tak sayang Daddy.

Buddy tinggalkan Daddy…

waktu Daddy paling vulnerable.

Sampai hati Buddy!

 

:’(

 

Daddy rindu…

 

Sekali lagi ditinggalkan.

 

Mungkin Tuhan nak beri sesuatu,

yang lebih bermakna.

Mungkin ada lagi yang terbaik untuk aku.

Tuhan saja perancang yang adil.

Walaupun belum lagi nampak…

apa yang dirancangkan,

tapi aku yakin, semuanya akan baik semula.

Dengan izinNya.

 

Salam dari seorang perindu…

yang rindunya tidak lagi diperlukan.

 

p/s: I’m not that strong!

Tags : , ,

1 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog