17 Februari, 2015

Bila sampai masanya.

| No comment

Selamat hari Selasa korang!

 

Rasa-rasanyalah,

macam aku akan buat entry…

hari-hari dah sekarang ni.

Ingat nak tulis malam tadi,

sebelum melelapkan mata.

Tapi macam malas.

 

Anyway,

semalam aku call mak.

Nak confirmkan kat dia…

yang aku memang tak dapat nak balik.

So, memacam cerita dengan dia,

dalam masa setengah jam tu.

 

sekadar gambar hiasan 

Tapi satu je yang tinggalkan satu perkara,

yang buat aku terfikir…

pasal perbualan aku ngan mak.

 

The thing is,

dalam keluarga abah,

my nenek which we all panggil embah,

yup, she’s still around.

masih kuat dan kicking…

walaupun umur dalam lingkungan 80/90.

Cuma…

Penyakit nyanyuk dia sekarang,

dah semakin teruk.

 

Dalam keluarga abah,

derang adik beradik dah setuju,

nak jaga embah 2 weeks each.

Which means, derang akan gilir-gilir,

jaga embah ikut masa yang ditetapkan.

 

So nak dijadikan cerita…

Time emak ngan abah punya turn,

penyakit nyanyuk embah makin teruk.

 

Anyway, aku tak sure la nyanyuk ni…

sama ke idak ngan Alzhimer.

Simptom nampak macam sama.

But… entahlah.

 

Back kepada cerita pasal embah.

She started to pee and poo…

kat merata tempat.

Which make mak pening kepala,

2-3 menjak ni.

Sebab sebelum ni tak macam tu.

Dia masih lagi boleh buat semua tu,

kat jamban.

But now… well you guys know lah!

Mak pun cerita la itu ini,

so aku dengar je la.

Hahahaha…

 

But one thing je yang tinggalkan…

bekas dalam hati aku,

bila dia cakap…

 

“Nanti bila mak jadi macam embah,

ko sanggup ke nak jaga mak?

 

mak harap-harap baiklah mak tak de,

dari jadi nyanyuk macam tu,

dan tak menyusahkan korang,

adik beradik…”

 

Sentap aku kat situ.

Nak nangis pun ada,

blank kepala pun ada.

 

Terus aku cakap kat mak…

 

“Apa la mak ni cakap macam tu.

Kalau la mak jadi macam embah pun,

Izan berenti keje pun tak pe,

balik kampung jaga mak…

 

Kalau dah sampai masanya,

mak jadi macam tu,

biarlah Izan sendiri jaga mak…

dari orang lain yang jaga.

 

Mak jangan nak merepek!”

 

Lepas tu mak gelak.

 

Haishhh!

Buat aku sentap je la mak ni.

 

Sebenarnya dari kisah yang aku cerita ni,

ada satu point je yang aku nak raise.

Kalaulah… Kalau…

Kalau mak korang jadi macam embah aku,

Dah nyanyuk dan berperangai…

macam kebudak-budakan,

sanggup tak korang jaga derang?

 

Well of course la korang…

akan jaga, kan?

But dalam kes macam ni,

mak aku ada cakap…

Since dia anak menantu,

dia jagalah jugak mak mertua dia tu.

Tapi dia cakap, jaga embah,

tak macam jaga mak sendiri.

Dan walaupun abah tu anak sulung,

kepada embah,

tapi sebagai anak lelaki…

mak cakap abah taklah 100% jaga embah,

sepanjang masa.

Tanggungjawab tu jatuh kepada mak,

since abah keluar gi kerja.

 

Dialah jaga makan minum.

Dialah yang basuh berak kencing.

Dialah yang mandikan.

Dialah yang pakaikan baju.

Semuanyalah.

 

Tapi macam tu lah.

Since aku ni anak lelaki,

dan aku masih lagi bujang…

If… if that happen satu hari nanti,

sanggupkah aku berhenti kerja,

dan jaga mak setiap masa.

 

Panjang gak aku pikir malam tadi.

Dok depan tv, mata ngadap citer hantu,

tapi kepala ligat pikir menda tu.

Susah gak nak buat keputusan,

bila perkara macam tu jadi.

Tetambah pulak,

bila aku bujang macam sekarang.

 

Tapi, kalau masanya datang…

sooner or later…

InsyaAllah, mungkin aku akan balik…

ke Ipoh dan jaga mak sampai akhir hayat dia.

Waktu tu, aku rasa aku dah tak pikir,

pasal kerja dah kot.

 

Engkorang pulak macam mana?

Ada terpikir pasal menda ni?

 

Entahlah!

 

p/s : Emak sendiri tak ada ganti.

Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog