25 Disember, 2014

Buddy and Bunny.

| No comment
Dah nak dekat 2 minggu aku bawak balik…
Buddy ngan Bunny.
Dua ekor anak kucing yang aku ambik,
dari Fad.
Kucing jenis bulu panjang,
Comel macam nak gigit-gigit je.
Umur baru je lebih kurang 3-4 bulan.
Manjanya yarabi.
Pantang nampak aku dok kat ruang tamu…
mula la nak menempel ngan aku.

Buddy tu jantan,
Bunny lak betina.
Bunny la yang lelebih manja ngan aku.
Buddy lak jenis rilex je.
Tapi bila time dapat dok ngan aku,
habis semua dia kutil.
Dok gegigit bagai.

Sedap nau dal 2 ekor ni tido! 
Sebenarnya…
dah dok pikir 100 kali nak bela kuceng.
Tapi baru sekarang la dah nekad…
nak ambek bela.
Ada gak teman nak sembang kat rumah.
Ada jugak yang sambut aku balik keje.
Ada gak kawan nak aku marah.
Ada gak tempat nak bermanja.

#hagituh

Nasib baik senang nak jaga.
Kencing berak pon dah pandai kat tempat dia.
Makan senang je nak bagik.
Cuma aku ni kompius sikit…
sama ada nak bagik wet food or dry food.
Maklumlah, first time adopter la katakan.

So banyak la menda aku buat research,
sebelum aku ambik derang dari Fad.
Apa menda nak bagik makan,
apa benda nak buat bila dah adopt.
So, bila dah tetau asasnya…
senang la sikit.
So bila dah dekat 2 minggu derang bawah jagaan aku,
Alhamdulillah semuanya okay.
Orang kata jaga kucing bulu panjang ni…
susah sket.
So far, okay je.

Hari pertama bawak balik.
Bagik makan cecukup!

Terhibur gak la hati,
tengok derang lelari kat ruang tamu tu.
Tak la seteres.
Memang sengaja aku amek dua ekor…
sebab aku tau kalo dok sengsorang je,
dia pon boleh seteres.
Kalo ada dua ekor, ada gak kawan.
Dok la gegigit sesama sendiri sana.
Jangan ada barang pecah udah.
Hahahaha…

Ini Bunny.
Ini Buddy.

Bunny ni gemok sket.
Kaler pon ada kelabu-kelabu tang ekor.
Senang je nak recognize.
Perut dok besar kuat makan.

Buddy lak all white.
Kurus dan kecik sikit dari Bunny.
Tak kuat sangat dia mengiau.
Lebih banyak tido.
Suka nau dia panjat devider aku.
10 kali gak tumbang,
lepas tu buat muka tak bersalah.
Hahahaha…

Dah puas main lelari, memasing tido!
Terjelepok!
Hamboi-hamboi kau!
Main bawah rak TV.
Tempat tido feveret derang.
Bunny yang suka tido menyempit ke aku.
Yang si Buddy ni lak, tido ngangkang tak sah.
Ngaco aku buat keje!  
Kengkadang tergelak gak la…
tengok telatah derang.
Kalo duduk tak terkangkang,
memang tak sah.
Ngacau aku keje nombor satu.
      
Ginilah idop bujang single,
tetiba jadi abah kat budak 2 ekor ni.
Seronok pulak.
Hehe…

p/s: Cukuplah 3 ekor je. Lelebih tak larat lak nanti. Hiks.
Tags : , , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog