11 Disember, 2013

Baby baru?

| No comment

Salam…

 

Another unboxing entry.

Muehehehe…

Sementara tengah panas ni.

Bila dah sejuk nanti,

tak best la pulak.

 

Sebelum tu…

nak cerita dulu kenapa…

Nak dijadikan cerita,

TV yang aku beli…

lebih kurang 5 tahun lepas,

dan macam nyonya menir dah…

display dia.

Bila bukak je,

apa yang aku nampak hanyalah,

warna putih semata-mata.

Kalau ada gambar pun,

dah macam gambar xray jadinya.

 

Tahun 2009 dulu,

rege tv LCD memang la mahal.

Tak macam hari ni,

boleh beli ratus-ratus.

TV LCD yang aku beli time tu,

hanya 32 inci.

Cukup la ngan baget yang ada,

pada masa tu.

Boleh dikatakan besar gak la…

 

TV lama yang dah macam nak rosak.

Hahaha... Sakit hati je bila tengok TV macam ni.

 

Aku pun tak tau la,

samada tv ni boleh direpair lagi,

atau tak.

Sebab sayang nak buang,

Kalau boleh repair, aku repair la.

Semua mendanya elok lagi dalam tu.

Just display je.

 

Macam nak nangis la jugak,

bila TV ni buat hal macam tu.

Bila dah jadi macam tu,

memang tak der mood nak tengok.

Last-last tutup.

Dan keboringanlah aku kat dalam bilik.

Selama beberapa minggu.

 

So, masanya untuk bertukarrr…

Pling,,,

 

Jadi hari tu,

akibat keboringan yang amat sangat.

aku pun terbelilah tv baru.

Semalam baru sampai.

Ntah ngape lambat nau dia anto.

Nak masuk dalam kereta angkut sendiri,

tak muat la pulak.

Hahahaha…

 

So, dengan senyuman yang sampai ke telinga,

aku pun lakukan upacara unboxing,

untuk TV baru tu.

Miahahaha…

 

Feel the Beauty...

50 inci... Hambek kau!

Tak sabor nyer nak bukak!

 

Mulanya…

aku nak beli yang saiz sedang-sedang je.

Konon nak beli yang saiz 42 inci.

Ada internet dan 3D bagai.

Memang dah eksaited habis.

Tapi malangnya…

TV tu stok dah habis.

Yang tinggal hanyalah 47 inci saja.

Bukan tak nak angkut yang tu,

tapi rege dia luar dari baget.

Hati menangis waktu tu.

TV idaman tade.

 

So, lepas pikir punya pikir,

Belek punya belek,

Aku rasa lebih baik aku amek TV,

yang lebih besar…

dengan harga yang sama dengan…

TV impian aku tu.

Cuma tak ada 3D je.

Spec yang lain sama.

So, dari 42 inci…

terus jadi 50 inci.

Dan yang penting,masih dalam baget aku.

Sama regenya dengan TV 3D yang aku nak,

pada mulanya.

 

Mak aih…

Gedabak giler…

(=___=!)

Dekat kedai tak de la nampak,

besar ya amat.

Bila dah sampai umah…

Ambek kau!

Tak cukup space nak boh dalam bilik.

Kah kah kah kah,,,

Nak 50 inci sangat kan?

 

So, upacara unboxing pun bermula…

Ngeee…

 

Bukak belah atas kotak. Nampak TV yang nipis di dalamnya. TERUJA!

Bawak keluar dulu kaki TV ni. Kaki dia pon dah gadang!

Segala apok manual dan warranty.

Bila dah dikeluarkan dari plastik, gini la kaki nyer.

Bila kaki TV dah dipasang.

Bila dah pasang kaki, baru leh attach tv seberat 19 kilo ni.

Bila semua dah secured, maka boh la dia atas kabinet kecik ni ha. Hambek ko! Tak muat!

 

Bila dah setup atas kabinet TV,

masyaAllah…

tak muat.

Panjang TV tu pun dah sama,

dengan panjang kabinet,

end to end.

Nampaknya macam aku kena beli,

kabinet TV yang lagi besar.

Haishhh…

 

Sesungguhnya,

janganlah korang tertipu,

bila tengok saiz TV kat kedai.

Memang nampak kecik,

dari apa yang korang bayangkan.

Bila dah sampai rumah…

hambek ko.

Kalo kata tak puas lagi,

tengok skrin besar…

Meh sini aku bagi tampo…

Gladly.

 

Habis sudah upacara unboxing.

Sekarang, upacara firing up the TV,

dan tengk apa yang ada dalam tu.

 

1-2-3… 

 

Lepas on, aku cuba nak baca i-Manual dia. Tapi malas. Browse je.

Rancangan pertama yang aku tengok kat TV ni. Ghost Adventures yang di stream dari Youtube. Gambar? Wallaweh! :)

 

Bila aku dah hidupkan TV ni,

kena la setting sana sini.

Terutama untuk capaian internet.

So, disebabkan TV ni adalah…

Smart TV,

so, banyak la memenda dalam tu.

 

Ko nak Facebook… ada.

Ko nak Twitter… ada.

Korang nak Youtube… ada.

Nak browse internet… pon ada.

 

Pendek kata, apa yang korang buat,

kat pc untuk internet tu,

TV ni pon boleh buat gak la.

Cuma bila nak browse tu,

tak efisyen sangat la,

bila kena pakai remote untuk taip.

 

But yang bestnya pasal TV ni,

korang boleh guna tablet korang,

untuk dijadikan remote kedua.

So tak payah lagi nak picit-picit remote,

kalo nak menaip.

Guna je keypad yang ada dalam…

tablet korang tu.

Cool habis.

 

Sebenarnya…

aku tak habis explore lagi TV ni.

Sebab time dia sampai semalam,

aku ngah buat kerja.

So, aku setup dan bukak je memana…

yang aku paham nak guna.

Then bila dah habis keje,

aku tutup dan tidur.

 

Hari ni, lepas habis keje…

boleh la explore memana yang patut.

Make the fullest of what the best,

about the TV.

 

Update:

 

TV lama tu, dah aku bagi pada kawan aku si Adi,

kot-kot boleh direpair. Kalau tak boleh jugak,

terpaksalah aku jadikan dulang buat angkat air,

Muehehehe…

 

p/s : Dalam kepala… PS4. (^___^)

p/s : Yer, saya pon fanboi Sony!

Tags : , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog