18 November, 2013

Hudway

| No comment

Salam…

 

Hari ni aku nak review satu apps,

yang baru je aku install kat iPad ni.

Dengan nama Hudway.

Aku terbaca dari BlogSerius,

sebab nampak macam best je.

 

hud1

 

Sebenarnya Hudway ni,

apps untuk navigation sebenarnya.

Tapi bagi aku la,

walaupun ianya nampak agak “gempak”,

tapi semua tu hanya gimmick je.

Sebab apa?

Meh sini aku kupas satu persatu…

 

Pro

 

Persembahan paparan yang bagus.

 

hud2

 

Salah satu perkara yang aku suka,

pasal Hudway ni,

adalah cara persembahan paparan dia,

yang menggunakan cermin windshield,

sebagai paparan.

Nampak macam paparan hologram,

atau augumented realiti,

yang macam kereta yang kita tengok,

dalam cerita cereka futuristik.

 

Imej pada handphone/iPad,

dipaparkan secara terbalik,

untuk diletakkan pada dashboard kereta,

dan ianya kemudian akan dipantulkan,

pada cermin kereta.

Apa yang kita nampak pada cermin,

adalah imej yang seolah-olah,

terapung.

Cool giler.

 

Font yang besar

 

hud5

 

Font memang besar gedabak.

Memang senang nak tengok,

berapa kelajuan kereta kita,

secara relatif dengan yang sebenar.

Yelah, bacaan kelajuan tu,

dibuat berdasarkan kedudukan kita,

melalui satelit.

 

So, kalau korang nyer meter tu,

tak ada lampu,

boleh la gunakan Hudway ni sebagai,

pengganti (tak digalakkan).

Sebab font dia memang besar,

mustahil sangat kalau tak nampak.

 

Percuma

 

hud6

 

Alah, ni tak yah cakap pon tak per.

Menda basic memang la free.

Tapi kalau korang nak yang lebih advance,

Boleh la beli pro version nyer.

Apa yang ada dalam tu,

aku pon tak tahulah.

Sebab aku hanya cover untuk yang free je.

Hahahaha…

 

Cons

 

hudway1

 

Untuk kegunaan dalam keadaan malap

 

Malang sekali,

apps ni hanya boleh digunakan,

untuk keadaan sekitar yang malap,

atau pada waktu malam sahaja.

Pada waktu siang yang terang benderang,

jangan haraplah korang nak nampak,

refleksi skrin telefon korang,

kat cermin kereta.

Memang tak nampak langsung.

 

Susah nak cari lokasi

 

hud7

 

Salah caru perkara yang menjengkelkan,

Agak susah nak cari lokasi,

dengan menggunakan Hudway ni.

Walaupun dia menggunakan enjin Google Maps,

agak susah nak cari lokasi,

dengan tepat.

Bayangkan, aku nak cari “Festival City”

dia baginya aku result kat Dubai sana.

Aku pon wonder kot-kot ada Festival City,

kat Dubai sana nun.

 

Walaupun dia bagi pilihan lain,

selain dari Google Maps,

Apple + Open Street Maps,

tak banyak membantu.

Susah nak dapatkan lokasi,

dengan tepat.

 

Maps yang mengelirukan

 

hud3

 

Kalau nak dibandingkan dengan,

aplikasi navigasi yang lain,

Hudway punya maps ni,

memang agak mengelirukan.

Sebab di hanya tunjuk bentuk jalan,

yang kita lalui di hadapan saja.

Tak ada ditunjukkan simpang,

intersection, atau jalan yang lain.

 

Yang diberi hanyalah pembantu,

isyarat belok dan jaraknya saja.

Agak mengelirukan,

jika tak ditunjukkan jalan yang lain.

 

Turn by turn navigation,

seolah-olah tak memberikan banyak,

pertolongan jika hendak mencari,

lokasi yang sebenarnya.

 

Tak ada suara bantuan

 

hud4

 

Sudahlah tunjuk arah yang mengelirukan,

Tak ada pulak suara bantuan,

untuk navigasi.

Kalau kita terlepas jalan,

yang ada hanyalah tanda,

“Recalculating” saja.

 

Dalam navigasi,

rasanya suara juga memberikan impak,

pada pencarian lokasi.

Sebab ianya membuatkan kita,

lebih aware pada arah yang sedang kita lalui.

Jadi, disebabkan tak ada suara,

pada Hudway…

agak susah jugaklah.

 

Kesimpulan

 

Bagi aku la,

apps ni gempak pada visual,

yang dia offer je.

Tak ada apa yang istimewa pada yang lainnya.

Semuanya biasa saja.

Aku hanya impress pada persembahan,

visual dia pada cermin kereta je.

 

Banyak lagi apps navigasi,

yang lebih baik bagi aku.

Contohnya Waze.

Memang aku guna selalu,

waktu drive ke tempat yang,

tak pernah aku pergi selama ni.

Kelebihan dia pun banyak.

 

Bagi korang yang nak cuba,

silakan.

Wow factor pada visualnya,

mungkin buat korang ternganga jap.

Tapi selain dari tu,

aku tak rasa ada apa yang best.

 

Buat masa ni,

apps ni hanya dikeluarkan,

pada platform iOS saja.

untuk Android,

mungkin korang boleh dapatkannya,

kat Google Play,

tahun depan.

So, sesapa yang boleh download tu,

apa kata korang cuba.

Free je pon.

Boleh gi ke website dia,

kat alamat di bawah ni:

 

http://www.hudwayapp.com/

 

Okay…

Tu saja.

Bai bai!

 

p/s : Pape pon, Waze gak yang best!

Tags : , , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog