16 Oktober, 2013

Hari Raya Haji 2013

| 2 Comments
Salam…

Masih belum terlambat,
untuk ucapkan…
Selamat Hari Raya AidilAdha,
Aku doakan agar…
apa yang kita korbankan selama ini,
masa, usaha, wang ringgit, dsb…
akan diberkati olehNya.
Amin.

Raya haji baru je lepas.
Berkesempatan gak aku balik kampung.
Sebab, rasanya macam dah 5 tahun,
Tak balik raya haji.
Kali ni la baru nak balik.
Itu pun lepas pikir itu ini.

Gerak dari rumah around 6 pm.
Lepas kerja hari Isnin ri tu.
Tu pon lepas beli dinner kat McD,
yang kengkononnya nak dimakan,
dalam kereta time drive…
Sengsorang.

Singgah jap kat RnR Tapah,
membuang air bagai.
Makan and then teruskan perjalanan ke Ipoh.
Sebelum tu,
Sempat gak la publish gambo,
kat Instagram.
Hahahaha…

Instagram entry.

Sampai ke Tanjung Rambutan,
lebih kurang pukul 10:00 malam.
Sesampai je,
kat ruang tamu tengah buat takbir,
Hari Raya AidilAdha.
Walaupun dah nak habes,
tapi sempat gak la dengar,
orang bertakbir kat rumah sendiri.
Sayu lak rasa hati.

Takbir!!!

Tak buat apa pon malam tu.
Just rehat and makan (macam biasa).
Then tido.

Gosh! How I miss home.
(^___^)

Paginya tu,
Macam biasa…
Ke masjid Tanjung Rambutan,
untuk sembahyang sunat hari raya.
And then, balik menikmati,
juadah raya.

Walaupun tak ada ketupat,
rendang dan sebagainya,
tapi masakan serba ringkas yang mak masak,
pun dah kira special gak.
Pagi tu mak masak mee kari,
mee sup, masak lodeh,
dan ayam masak wanngey.
Itu pon dah sedap.
Mengadaplah aku satu keluarga,
pagi raya tu.

Owh lupa…
Raya haji ni, semua balik,
kecuali family Along aku,
yang tak dapat cuti.
Sedih gak la.
Tapi nak buat cemana?

So, lepas makan juadah hari raya tu,
Alang ngan family dah nak balik…
ke rumah mertua dia kat Hutan Melintang.
So, tak dapat la aku nak main,
dengan anak buah aku tu.
Si Manis.
Huhuhu…
Cuma dapat bergambar je dengan dia,
Jadilah!

Snap snap snap!
Sempat lagi kemhor ngan kecik ni... :)
Mak pon join gak! Haha!
Comel tak saya pakai tudung?
Bila nak gerak ni?

Comel je,
kekecik dah diajar pakai tudung.
Alhamdulillah…
Moga anak buah aku sorang ni,
akan jadik anak yang soleh,
pada ibu-bapanya kelak.
Amin.

So, sampai masanya,
bertolak la derang balik ke Hutan Melintang.
Huhuhu, kejap je dapat main,
dengan Manis.
Dah nak balik.
Huhu!

Kemain mata dia! Huhu!
Yey! Nak gerak dah!

Lepas tu apa lagik?
Kemhor la.
Kah kah kah kah kah…
Tak tau nak buat apa kan?
Tapi satu pon aku tak release,
kat memana.
Kecuali kat sini.
Ya lor, muka buruk,
sapa je nak tengok.
Buat pecah skrin orang je.
Hahahahaha…

Inilah mak saya! :)
Panas bak ang!
Errr... No komen!

Sorrylah,
kalo ada memana gambo selfie,
yang dah retakkan skrin korang.
Hahaha…

#matilahakumakkk

The rest of the day,
aku dok rumah je.
Ada yang tanya tak gi lapah lembu ke?
Ermmm…
Sebenarnya susah aku nak jawab tu.

Aku bukan takut darah.
Tapi aku rasa kesian nak tengok lembu,
or kambing tu disembelih depan mata.
Daripada aku rasa kesian,
lebih baiklah aku jangan tengok terus.
Senang.

And then… kejadian sakit perut pun mula.
Hahahaha…
Too much eating I guess.
LOL…

Dok je la dalam bilik,
Sambil ngadap tv yang dah sama usia dengan aku,
sambil melayan Twitter.
Memang malas nak keluar.
Panas satu,
Kengkawan pon dah tak der kat sini.
So bertapa je la,
sambil nyenyembang ngan mak.
Tu pointnya balik kampung kan?
Nak jumpa mak abah.
So, sembang je la ngan derang.

Tv ni dibeli time aku dilahirkan. Dah 35 tahun!

Rest of the day,
tak buat apa pun.
Makan, makan dan makan.
Sampai la aku balik KL petang tadi.

Penat bak ang!

K la…
Tu je entry untuk hari ni.
Babai!

p/s : Tak tau bila balik lagi… (T__T)
Tags : , , , , , , , ,

2 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog